GEMPAR.. Budak Kecil Minat Kopi Janda


Tadi saya ke sebuah kedai makan, biasalah makan roti canai dan teh tarik. Tak lama kemudian ada satu keluarga iaitu suami isteri dan dua orang anak lelaki dia, duduk di meja sebelah saya.

Masa nak oder minum tu, anak lelaki dalam lingkungan darjah 1-3 tu cakap.

"Nak minum Kopi Janda" Kata budak tu kuat sampai saya kat meje sebelah pun dengar.

"Ishhh, mana ada kopi janda, milo nak tak ?" Kata mak dia.

Mulanya budak tu mengeleng kepala, lepas tu bila dipujuk lagi, barulah dia mengangguk.

Wah wah, budak sekarang suka janda, ops bukan suka janda, tapi suka minum kopi janda. Inilah pengaruh iklan atau kawan-kawan. Tersipu-sipu mak dia malu bila tahu saya kat sebelah dengar.

Comments

  1. hahahah gile kentang dasattttttt

    pasni kopi duda

    yeahh !!

    ReplyDelete
  2. nasib baik janda. kalau dia mintak kopi duda mana nak cari? haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PANDUAN SOLAT HAJAT DENGAN BETUL

Semakan Keputusan PT3 2015 Online & SMS