MENDAPATKAN TRAFFIK KE BLOG
DENGAN CEPAT DAN MUDAH.
Salam semua…lama rasanya tak di update blog ini disebabkan masa yang amat suntuk. Jadi hari ni saya cuba adakan masa untuk update blog. Tajuk artikal kali ni ialah tentang bagaimana caranya kita boleh tarik trafik ke blog. Disebabkan ramai yang bertanya caranya untuk mendapatkan trafik yang seimbang so inilah tujuan artikal ini ditulis.Boleh kita sama-sama manfaatkan ilmu yang tak seberapa ni. Saya bukanlah pakar cuma kongsikan apa yang saya tau kepada mereka yang inginkan cara simple yang saya gunakan sendiri.(saya belajar dan pratikkan)
Banyak faedahnya kalau blog kita dikunjungi ramai pengunjung.Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan platform blog sebagai medium mempromosikan perniagaan.Tak perlu berhabis banyak duit untuk iklan sana-sana sekurang-kurang menggunakan blog kita sendiri dapat menjimatkan kos perniagaan.betul kan?
Jika kita menjalankan perniagaan dengan menggunakan medium blog untuk promosilebih berkesan jadi apa yang harus kita ada ialah trafik yang ramai untuk menukarkan pelawat kepada duit atau wang. Bagaimana caranya? Jawapan ini mungkin tiada bagi orang yang baru memulakan perniagaan.
Antara cara (bukan teknik/rahsia) yang saya gunakan sendiri ialah :
- Facebook – apabila kita update artikal di blog kita jangan lupa untuk di “share” kan di facebook. Kita boleh link kan url blog kita dengan facebook menggunakan satu aplikasi NetworkedBlog.Apabila kita update blog secara automatik artikal kita akan di publishkan di facebook.Simple kan..
- Komen blog – Ramai orang tidak perasan cara ini sebenarnnya boleh membawa trafik ke blog kita.Kalau kita membaca maklumat di blog-blog orang lain jangan lupa tinggalkan jejak url blog kita di blog tersebut.Komen lah artikal yang ditulis oleh owner blog itu dengan komen-komen yang bagus kemudian tinggalkan url blog anda di situ (masukkan url blog di tempat yg disediakan).Orang yang datang berkunjung ke situ akan terbaca komen kita dan mungkin ingin ketahui siapa kita sape tau. .Secara tak langsung mereka klik nama kita dan mereka akan dibawa ke blog kita pula.Nah inilah cara tarik trafik dari blog org lain ke blog kita…
- Chatbox – Ramai pemilik blog yang menyediakan ruangan untuk sembang-sembang jadi ini peluang untuk kita tinggalkan jejak blog kita.Komen di ruangan yang disediakan dan jangan spam!! Komenlah dengan cara yang lebih beretika.
- Berkongsi maklumat – Ini salah satu cara saya rasa cara yang lebih bagus yang patut digunakan iaitu kongsikan maklumat yang bermanfaat dan boleh membantu masalah orang ramai. Kiranya menjadikan blog kita ni sebagai penyelesai masalah.Blog informasi.. Bukan sekadar menjadikan blog kita sebagai tempat mempromosi sahaja tapi menyediakan maklumat yang berguna kepada para pengunjung yang singgah ke blog kita.Saya yakin mereka yang datang buat kali pertama akan datang sekali lagi dan mungkin berterusan untuk mendapatkan maklumat di blog kita.Sediakan maklumat yang boleh di manfaatkan bersama.Secara tak langsung mereka akan selalu berkunjung ke blog kita.
Ok inilah cara biasa dan asas yang saya gunakan makna kata cara tarik trafik secara zahir (manual) dan sebenarnya ada lagi cara tersirat atau batin (cara halus utk pikat google) mungkin saya akan cuba kongsikan teknik (bukan cara) di masa yang lain pula.Orang panggil teknik SEO di mana artikal kita mudah disenaraikan di enjin carian google..yeah ini wajib belajar kalau nak artikal blog kita ada di first,second @ third ranking di google..Dengan ketahui cara ini maka berpusu-pusu la trafik yang akan datang ke blog kita hanya dari carian google dengan menggunakan keyword yang ‘HOT’.
Walaupun cara yang saya sebutkan di atas nampak biasa, sebenarnya kalau kita rajin amalkannya kita akan di pandang tinggi oleh google (kerana meninggalkan banyak backlink) dan mereka dengan murah hatinya meletakkan rangking blog kita di kedudukan yang baik.Bahasa mudahnya apabila orang taip sahaja keyword di search engine google dengan mudahnya blog kita pantas tersenarai di first ranking.contoh salah satu artikal saya yang tersenarai ranking pertama google
Tau teknik ni google bagi free-free jer trafik kat kita
Nantilah di lain masa saya kan cuba kongsikan teknik seo ini..Yang penting amalkan dulu 4 cara di atas.Bila dah expert barulah ke step yang seterusnya pula.Belajar seeloknya ikut step-stepnya jangan gopoh.Perlahan-lahan kayuh..Saya harap dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
kredit:shttp://khairulizuan.com/
5 Add Comment
Bukan ke jelas lagi bersuluh banyak giler link penulis dalam entry ni?
http://khairulizuan.com/
okey!mcm tu ye.terima kasih atas tips tu. :)
http://blogriffzam.blogspot.com
Tips yang menarik&sangat praktikal..Syukran Tn Blog...
http://naimnikmat.blogspot.com/
thx...
:)
landax suka komen orang daripada chatbox...chatbox banyak sangat spam,orang malas nak baca =)
www.dunialandax.com
EmoticonEmoticon