Antara Tip Pengayaan Di Pejabat |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya akan kongsikan beberapa tip pengayaan untuk pergi ke pejabat, mungkin ramai diantara anda yang masih tertanya-tanya dan berfikir jika anda seorang yang baru sahaja dapat perkerjaan di pejabat. Mungkin anda masih ragu-ragu untuk memakai pakai yang macam manakan so hari ini saya kongsikan sila baca di bawah ini ok.
Bagaikan lumrah individu berkerjaya, setiap pagi fikiran buntu memikirkan apa yang hendak dipakai ke pejabat. Bukan tidak ada koleksi pakaian sesuai, namun saban hari dilema sama berulang seolah-olah kehabisan idea untuk bergaya.
Bagi organisasi yang memberi kebebasan kepada pekerja dalam berpakaian, dilema ini mungkin tidak membelenggui fikiran. Namun, bagi syarikat yang melaksanakan dasar agak tegas dalam etika berpakaian, pekerja sudah tentu perlu membuat homework dalam menata gaya sesuai ke pejabat.
Secara keseluruhan, setiap syarikat mempunyai kriteria kod berpakaian tersendiri. Sesetengah majikan menetapkan pekerja memakai pakaian seragam - ini dari sudut fesyen pastinya hambar tetapi mungkin sesuai dengan jenis pekerjaan dan imej syarikat.
Antara kod pakaian pejabat yang sering diguna pakai dalam kebanyakan organisasi ialah profesional, profesional kasual, perniagaan kasual (business casual) dan santai.
Mari berkongsi panduan dan idea gaya ke pejabat mengikut kod berpakaian bersama kolum Stailo...
Profesional
Lazimnya dipraktikkan dalam suasana pekerjaan formal. Sut dan tali leher amat diperlukan.
Untuk tampak profesional, pilih sut berwarna konservatif seperti kelabu, hitam, biru laut dan kemeja putih atau warna teras yang lain. Bagi kod ini, elakkan corak berpetak, motif bergambar, warna terang dan garang.
Perlu diingat, hati-hati dalam memilih kasut. Pilih kasut berwarna asas seperti hitam atau coklat dan gandingkan dengan stokin berwarna gelap bukan putih.
Profesional Kasual
Agak santai tapi masih konservatif. Kod pakaian profesional kasual lebih tertumpu kepada kemeja, tali leher dan seluar slack dan dipadankan dengan kardigan atau ves bagi menggantikan jaket sut.
Perniagaan Kasual (business casual)
Sesuai untuk suasana kerja yang sedikit santai. Pakaian yang sesuai untuk kod ini adalah kemeja kasual (button-down shirt) yang tidak tebal atau kemeja T polo dan digandingkan pula dengan seluar kasual daripada fabrik khaki.
Biarpun berpaksi kasual, elak menyarung seluar pendek ataupun jeans. Untuk kasut pula, gayakan kasut sarung (loafer) dan sentiasa memakainya bersama stokin untuk mengekalkan gaya profesional.
Kasual Segak (smart casual)
Agak santai tapi masih nampak profesional. Kemeja berkolar, seluar panjang bersama kot sporty sudah mencukupi untuk tampil dengan gaya ini.
Santai
Lebih sesuai untuk suasana kerja yang ceria, kreatif dan santai. Namun, pastikan anda tidak bergaya terlalu santai. Memadai dengan penggayaan kemeja T dan seluar panjang yang selesa.
Kasual Jumaat
Banyak pejabat mempraktikkan polisi kasual pada hari umaat ini. Pekerja perlu mematuhi kod pakaian profesional pada awal minggu dan berpakaian santai pada hari Jumaat.
Namun, harus diingat, walaupun disebut sebagai kasual, ini tidak bermakna anda boleh memakai seluar pendek, selipar dan pakaian selekeh ke pejabat.
Oleh Hakim Mahmud
TIP PENGAYAAN INI KHAS UNTUK LELAKI DAN WANITA

EmoticonEmoticon