Jun 13, 2011

Cara Membuat Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011


Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi.
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 27 Jun 2011.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM www.mpm.edu.my.
Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan MUET Pertengahan 2011, mereka boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Akhir 2011 secara dalam talian melalui laman web MPM atau menerusiwww.mesp.gov.my/online.
Tarikh tutup pendaftaran pada 21 Julai 2011


EmoticonEmoticon