Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2016, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

JEJAK RASUL 2011 - LEGASI MUHAMMAD S.A.W DI EROPAH TIMUR(FULL EPISODE)



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia blog ini dan kepada semua pengunjung .ok
sempena bulan baik ini tv3 akan menyiarkan sebuah rancangan yang menarik dan harus ditonton oleh
umat Muhammad supaya dapat mengetahui fakta dan sejarah Permulaan dan Cara penyebaran agama islam
di dunia.

Rancangan Tv3 tersebut ialah Jejak Rasul 2011 dan tema tajuk jejak rasul 2011 ini ialah Legasi Muhammad S.A.W  di Eropah Timur.Dalam rancangan tv jejak rasul 2011 banyak diisi dengan fakta sejarah tamadun islam.saya berharap anda tidak melepaskan untuk tonton jejak rasul 2011 ini sebab banyak info dan tip kita akan dapat pelajari dari rancangan tv3 ini ,dan kita juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang asal usul
ketamadunan Islam di dunia.

Jejak Rasul 17 - Legasi Muhammad s.a.w Di Eropah Timur (TV3)
bermula: 1 Ogos 2011
Masa:6.30 petang
Hari: Isnin – Ahad (setiap hari)

SINOPSIS JEJAK RASUL 17 - LEGASI MUHAMMAD S.A.W DI EROPAH TIMUR


Rancangan Jejak Rasul, dokumentari berbentuk ilmiah yang sinonim dengan TV3 setiap kali tibanya bulan Ramadan al–Mubarak, kini kembali lagi. Siri yang masuk tahun ke 17 kali ini bakal membawa para penonton TV3 menjejaki legasi Nabi Muhammad s.a.w di Eropah Timur.

Musim terbaru ini akan menyelami resam hidup, budaya, bahasa, makanan, kesenian dan sejarah umat Islam negara-negara bekas komunis di Eropah Timur seperti Moscow, Tatarstan, Dagestan, Chechnya dan Ukraine. Siri dokumentari ini akan menemui penonton TV3 sepanjang bulan Ramadan ini, bermula 1 Ogos 2011 jam 6.30 petang (Isnin – Ahad).

Share this article :
+
1 Komentar untuk "JEJAK RASUL 2011 - LEGASI MUHAMMAD S.A.W DI EROPAH TIMUR(FULL EPISODE)"

 
Copyright © 2015 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia