Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2017, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (SENIBINA)

PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (SENIBINA) KEMASUKAN FEB 2012 UiTM
     
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin maklumkan bahawa UITM telahpun melanjutkan tempoh permohonan ke program SARJANA MUDA SAINS (SENI BINA) AP213 sehingga 11 Disember 2011 (ahad).PROGRAM: SARJANA MUDA SAINS (SENI BINA) AP213 (4 TAHUN / 8 SEMESTER) Program bertemu duga:

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM

SYARAT AM UNIVERSITI
Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5)
kepujian termasuk Bahasa Melayu.
SYARAT KHAS PROGRAM
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat Gred B dalam TIGA (3) mata pelajaran:
  • Fizik / Kimia / Sains Tambahan / Sains
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Geografi / Sejarah / Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Lukisan Geometri dan
  • Binaan Bangunan / Perdagangan / Ekonomi Asas
DAN
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
SERTA
  • Tidak Buta / Buta Warna

Nota

Lulus ujian khas lukisan dan ujian buta warna dalam temuduga yang dikendalikan oleh Fakulti.Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Ijazah Sarjana di manamana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.

TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA (ALIRAN SAINS/TEKNIKAL DAN SASTERA )
Dokumen Permohonan:
  1. Wang Pos Bernilai RM10.00 atas nama BENDAHARI UITM
  2. Salinan SPM (Yang Telah Disahkan)
  3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Yang Telah Disahkan)
  4. Salinan My Kad Calon (Yang Telah Disahkan)
  5. Salinan My Kad Ibu (Yang Telah Disahkan)
  6. Salinan My Kad Bapa (Yang Telah Disahkan)
  7. Salinan Sijil Lahir Calon (Yang Telah Disahkan)
  8. Salinan Sijil Lahir Ibu (Yang Telah Disahkan)
  9. Salinan Sijil Lahir Bapa (Yang Telah Disahkan)
Salinan dokumen permohonan yang telah disahkan perlu sampai kepada alamat di bawah selewatlewatnya pada 11 Disember 2011:

Dekan
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur
Kompleks Tahir Majid
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, SELANGOR
U.p : Penolong Pendaftar (Akademik)
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Puan Norhafidzah binti Mahdzir
Penolong Pendaftar (Akademik)
di talian No. Tel :03-55444346
Puan Siti Zawiyah Ismail
Pembantu Tadbir Akademik
Di talian 03-55444417 / 03-55211588
Puan Roslina Kasmani
Pegawai Eksekutif Akademik (Peperiksaan)
03-55444387
Pihak fakulti akan menghubungi pemohon-pemohon yang layak untuk ditemuduga. Temuduga akan dijalankan pada 17 Disember 2011 (Sabtu). Sekiranya tiada maklumbalas daripada pihak fakulti selepas 3 Bulan dari tarikh permohonan, permohonan adalah tidak berjaya.
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SAINS (SENIBINA)"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia