Mar 20, 2012

Kenali Adibah Yunus | Gambar Adibah Yunus | Biodata

Biodata Adibah Yunus | Siapakah Adibah Yunus |Pelakon Adibah Yunus mahu dikenali kerana bakat, bukan sekadar cantik semata-mata. Kesudian pihak MIG untuk menawarkan dia berada di bawah syarikat tersebut membuka satu peluang yang tidak pernah diimpikan oleh dirinya.

Malah menurut gadis ini dia sebenarnya juga amat bersyukur untuk diberi peluang bersama pelakon lain bagi memeriahkan industri hiburan negara.

"Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pelakon sejak dari kecil lagi.

"Dan kepercayaan yang diberikan pihak MIG ini sebenarnya membuka peluang untuk saya berjinak-jinak dengan dunia lakonan," jelasnya yang sebelum ini memilih untuk berada dalam dunia peragaan.

Siti Adibah atau Adibah memberitahu, dia juga pernah menjadi perunding kecantikan sebelum terjun ke dalam dunia lakonan.

Justeru tidak hairanlah andai dia amat menitikberatkan kecantikan diri, bukan sahaja secara luaran tetapi juga dalaman.

"Saya pernah bekerja di pusat kecantikan sebelum ini. Walaupun tidak lama, ia banyak mengajar saya untuk menjaga keperluan diri agar sentiasa kelihatan menarik.

"Bagaimanapun jika bercakap mengenai kecantikan jangan pula hanya fikir tentang kecantikan luaran sahaja ini kerana kecantikan dalaman juga memainkan peranan yang penting.

"Untuk itu saya agak teliti dalam mengamalkan pengambilan makanan seharian saya" ujarnya.

Walaupun begitu, gadis comel itu menolak andaian yang mengatakan dia hanya menggunakan kecantikan diri untuk berada dalam dunia hiburan.

"Jika benar saya tidak mempunyai bakat tentunya pengarah tidak berani untuk mengambil saya.

"Namun saya akui, saya masih lagi baru di dalam industri. Dan saya sebenarnya masih lagi dalam proses pembelajaran bagi memantapkan bakat lakonan," katanya.

Adibah Yunus

Anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini juga memberitahu, dia bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada keluarganya untuk menceburi diri dalam bidang lakonan.

Malah ia merupakan azimat buat dirinya dalam usaha untuk mengukir nama di dalam lapangan seni ini.

"Saya tahu bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon yang dihormati kerana bakat merupakan syarat utama untuk menggapai gelaran tersebut.

"Namun saya percaya melalui sokongan yang tidak berbelah bahagi, saya mampu sampai ke tahap itu suatu hari nanti,"


100% 
Copypaste from : Buzzera.blogspot.com


EmoticonEmoticon