Cuepacs berharap penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dapat dilaksanakan segera. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sebaiknya perbincangan berhubung langkahpenambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)dimulakan dari sekarang selepas sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak padaperjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya semalam. Beliau turut mengumumkan pembatalan SBPA dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.
Mengulas lanjut, Omar berkata antara perkara yang memerlukan perhatian segera suruhanhaya itu ialah isu tangga gaji maksimum. Ini kerana katanya dengan pembatalan SBPA, isu tangga gaji maksimum yang sebelum ini dibangkitkan di dalam SSM akan kembali berlaku. Sebagai contoh kalau gaji seseorang penjawat awam RM4,000, dapat pelarasan gaji 13 peratus, naiklah RM520 tetapi selepas itu habislah (kerana gaji maksimum), ini semua perlu dilihat kembali kerana dalam SBPA dahulu inilah perkara utama yang dibangkitkan.
p/s : dengan pembatalan SBPA banyak juga kesannya kepada penjawat awam. berkenaan isu gred jawatan sijil politeknik dan sebagainya. harap jangan batal dengan sebegitu sahaja. kepada CUEPACS, penjawat awam amat mengharapkan anda!
EmoticonEmoticon