Mar 10, 2012

SSM 2012

Ramai yang bertanyakan mengenai bila tarikh pelarasan gaji baru SSM ini mula dikuatkuasakan. Ini keranaPerdana Menteri dalam pengumumannya pagi tadi tidak memaklumkan hal berkenaan. Jadi jawapan ammboi tadi adalah tidak tahu selain menyatakan tiada bayaran tunggakan gaji. Ammboi minta maaf diatas kekeliruan berkenaan kerana info terbaru (sah)  adalah menyebut pelarasan gaji SSM yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari 2012 (tahun ini) dan dibayar mulai bulan ini atau April 2012.
Keputusan berkenaan dicapai berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi. Cuma berkenaan cara bayaran penyelarasan/tunggakan berkenaan tertakluk kepada jabatan masing-masing samada membuat pembayaran penuh atau secara berperingkat.
Untuk Makluman Mengenai Pengumuman Perdana Menteri :
  • Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54 akan menerima pelarasan gaji sebanyak 13 peratus.
  • Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A pula menerima pelarasan gaji sebanyak 9 peratus.
  • Kumpulan Turus III dan Turus II pula akan menerima pelarasan gaji sebanyak 8 peratus.
  • Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara akan menerima pelarasan gaji 7 peratus.


EmoticonEmoticon