PELAJAR UPSI MAUT TERJUN BANGUNAN | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan sebuah berita sedih untuk para pelajar UNIVERSITI PELAJARAN SULTAN IDRIS di mana salah seorang daripada pelajar mereka telah pun membunuh diri dengan cara terjun dari bangunan...
Pelajar UPSI maut terjun bangunan lima tingkat E-Learning Kampus Universiti!! Seorang pelajar UPSI tahun 3 yang menuntut di Fakulti Pendidikan Awal Kanak-kanak meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami di kepala dan kaki selepas terjun dari tingkat 4 bangunan E-Learning Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Apr 22, 2012
KES Pelajar UPSI Maut Terjun Bangunan
Kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang itu dipercayai disebabkan oleh tekanan perasaan yang dialami oleh pelajar tersebut. Pelajar yang berumur 23 tahun itu dipercayai mencederakan diri sebelum nekad untuk terjun bangunan kerana terdapat kesan darah di dinding koridor tingkat empat bangunan tersebut. Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap seorang diri dan berkemungkinan menghadapi tekanan.
Kes pelajar UPSI maut terjun bangunan ini bukanlah kes pertama yang direkodkan, sebelum ini telah banyak kes seumpama ini telah berlaku melibatkan pelajar khususnya pelajar universiti.
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon