May 21, 2012

(VIDEO) FENOMENA GERHANA CAHAYA MATAHARI 2012

GERHANA CAHAYA MATAHARI 2012  | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua,di sini saya ingin berkongsikan satu informasi yang sangat menarik dengan korang semua tapi, sebelum tu saya ingin meluah perasaan dulu ceyywahh..hehe, dah beberapa minggu saya tak update blog ni huh, sebab tersangat malas, tambahan pula sekarang ni masuk from 6 lagi la sibuk kan, hehe huh saya sangat bersyukur hehe sebab kelantan juara piala fa 2012.

Ok kepada kepada tajuk kita iaitu, GERHANA CAHAYA MATAHARI 2012  iaitu pada 20 mei 2012 lalu terjadinya fenomena gerhana cahaya matahari.


Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.
Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak
gerhana matahari cincin fenomena gerhana matahari cincin 20 mei 2012


Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika mataharierbit pada 21 Mei Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.


Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari
Menurut portal itu, fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada


Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque berada di laluan pusat
Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh lima minit dan 46.3 saat. Ia akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.

Portal itu juga menyatakan satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana matahari separa di sebuah rantau yang jaraknya beribu-ribu kilometer


EmoticonEmoticon