Jun 22, 2012

EPANGKAT ONLINE | E-PANGKAT

EPANGKAT ONLINE   | E-PANGKAT  ? Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin berkongsi satu informasi yang agak menarik bagi saya untuk dikongsikan dengan orang ramai hehe, iaitu berkaitan dengan epangkat online .Apa itu E-Pangkat Online ?



Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan mengenai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini. Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Sistem Maklumat Guru – Aplikasi Kenaikan Pangkat guru secara online.

Untuk makluman, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma. Tahniah kepada warga guru sekalian. Semoga dengan penghargaan ini akan menambahkan lagi semangat anda untuk mendidik anak bangsa kita dengan jayanya.


EmoticonEmoticon