Jan 25, 2014

Semak Keputusan STAM 2013 30 Januari 2014

Semak Keputusan STAM 2013 30 Januari 2014 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang sedang membaca entri berkaitan semakan keputusan stam 2013. Di sini saya ingin berterima kasih kepada anda yang sudi datang ke blog saya , sebagai tanda terima kasih saya akan kongsikan cara membuat semakan keputusan stam 2013 yang boleh mula membuat semakan pada 30 Januari 2014.

Di mana tarikh untuk membuat semakan keputusan STAM 2013 telah diberitahu oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dapat disemak pada 30 Januari 2014 ini. Anda semua boleh melakukan penyemakan menerusi laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kepada calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2013 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi. Berikut adalah cara semakan keputusan peperiksaan STAM 2013 bagi calon sekolah dan juga calon persendirian.





Cara Semakan Keputusan STAM 2013
  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mulai 30 Januari 2014 disekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi.
  • Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu dan pengumuman analisis keputusan STAM 2013 akan diadakan serentak pada hari yang sama pukul 9 pagi di Putrajaya.
Semakan STAM Guna SMS
Kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip:
Contoh: STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Januari dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Februari 2014.

Selamat membaca Entri Semak Keputusan STAM 2013 30 Januari 2014 nukilan Hakim Mahmud


EmoticonEmoticon