Feb 2, 2014

Sebab Perlawanan JDT dan T-Team Ditangguhkan Piala FA 2014

Sebab Perlawanan JDT dan T-Team Ditangguhkan Piala FA 2014 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya. Semalam perlawanan diantara pasukan bola sepak Johor Darul Takzim atau JDT diantara T-Team telah pon ditangguhkan.Mungkin ramai yang belum mengetahui apa yang sebenarnya sudah berlaku di Larkin.Baiklan tanpa membuang masa panjang lagi saya akan kongsi dengan anda Punca Perlawanan JDT vs T-team Di tangguhkan Piala FA 2014 .

Pihak media mengatakan pertengkaran ini bermula apabila pihak T-Team telah menarik diri dari perlawanan semalam  dan ingin pulang awal. Oleh ite, ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca apabila berlaku pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan apabila ada dua kejadian yang telah berlaku. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cuba menenangkan keadaan, namun pasukan T-Team tetap enggan meneruskan perlawanan. Terdahulu, JDT telah mendahului 2-1 di separuh masa pertama namun perlawanan separuh masa kedua dihentikan berikutan T-Team memboikot perlawanan tersebut.




Kronologi Punca Perlawanan JDT Vs T-Team Ditangguh Piala FA 1 Februari 2014

1. Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan.

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan.

Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

Video Pentengkaran  Antara Staff Kejurulatihan Johor DT dan T Team   Piala FA 2014




EmoticonEmoticon