Mar 20, 2014

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2014 Online

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2014 Online  |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelajar lepasan SPM 2013. Di sini saya akan berkongsi informasi berkaitan dengan borang permohonan kemasukan UPU atau IPTA untuk sesi 2014 & 2015 secara online.

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan  UPU bagi sesi akademik 2014/ 2015 akan dibuka mulai 20 Januari 2014 ini. Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM , STPM,STAM dan Diploma atau setaraf 2013.

semak upu 2014


Pengumuman Terkini Tentang Permohonan UPU sesi Akademik 2014 Online

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA bagi calon lepasan SPM & STPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2014 & 2015 Online

Sila layari http://upu.mohe.gov.my/ atau http://upu.moe.gov.my/web/

Calon Lepasan SPM 2013 terlebih dahulu perlu membeli no pin unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.

Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf

Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2013 sahaja.
Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2012.
Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.
Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf

semakan rayuan upu 2014


STPM (Kategori A, S)

Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2013.
Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2013.
Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)

Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)

Kategori E • Aliran Sastera.
Kategori F • Aliran Sains:
Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2011 atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Lulusan Matrikulasi Sesi 2012/2013 dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun 2010 dan sebelumnya atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Lepasan STAM (Kategori T)

Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun 2012 atau 2013 sahaja
Syarat Program Lepasan SPM/Setaraf

Warganegara Malaysia danMemiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:

 Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.

 Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Syarat Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.

Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira dan Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013 atau Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012 atau Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA atau Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid  dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Tarikh Tutup Permohonan

  • 7 April 2014
  • Semakan Keputusan Permohonan UPU Sesi Akademik 2014/ 2015
  • May 2014

Pendaftaran Pelajar Baru

  • 25 May 2014


Posting ini telah ditulis oleh Hakim Mahmud @ Google


4 Add Comment

teringat plak zaman sekolah dulu...sibuk la ni nak mengisi borang upu ni..huhuu..

Dah isi, harap2 dapat lah

huhu... dan terima kenyataan dah berumur :P

ko isi ambik bahagian apa? u mana? sorry lupa nk tanya ko sal spm..


EmoticonEmoticon