ADI PUTRA DAN ISTERI | Adi Putra | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin kongsikan dengan anda satu lagi berita hiburan gosip tentang artis di malaysia 2012 ini, di sini saya ingin kongsikan gosip artis 2012 yang paling hangat iaitu berkaitan dengan adi putra dan isteri ? kenapakah haha.
Baru -baru ini kita semua di kejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa adi putra dan isteri bakal bercerai.
ULASAN YANG DIPETIK DARI BLOG TUPAI.COM.MY
Nampaknya nasib kemelut perkahwinan hero filem "Haq The Movie", Ady Putra dan isterinya, Aida Yusof masih belum diketahui kerana mereka perlu hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin depan sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina hampir enam tahun itu.
Dipetik daripada laman sesawang Daily Chili, Ady memberitahu mereka akan turuti apa saja keputusan yang bakal dibuat oleh hakim syariah.
"Pada hari tersebut, hakim syariah akan membuat keputusan sekiranya kami akan bercerai atau perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa sahaja keputusannya, kami akan ikut," ujarnya.
Ady atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera turut menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Walaubagaimanapun aktor kelahiran Singapura ini menafikan bahawa Nora Danish yang memegang watak 'panas' menerusi drama bersiri popular "Ada Apa Dengan Dhia" adalah punca keretakan rumah tangga mereka.
"Saya tahu pelbagai spekulasi hangat diperkatakan, tetapi saya ingin jelaskan bahawa masalah rumah tangga kami bukan disebabkan kehadiran orang ketiga," jelasnya lagi.
Baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangga mereka, Ady walaubagaimanapun mendapat gambaran seolah-olah perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
Semalam (Khamis), akhbar Harian Metro melaporkan bahawa Ady telah memfailkan permohonan cerai daripada isterinya pada 11 Mei lalu atau alasan tiada persefahaman.
Ady mendirikan rumah tangga dengan Aida yang merupakan bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Zul Handy Black pada 14 April 2006. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata kerana Aida seringkali mengalami keguguran.

Ady Putra dan isteri ketika di Tanah Suci Mekah baru-baru ini. |

EmoticonEmoticon