May 23, 2012

PERHIMPUNAN SEJUTA BELIA 2012 DI PUTRAJAYA

PERHIMPUNAN SEJUTA BELIA 2012 DI PUTRAJAYA  ? Assalamualaikum dan salam 1malaysia buat anda semua di sini saya ingin beri sedikit informasi yang berkaitan dengan perhimpunan sejuta belia putrajaya 2012 yang bakal dilangsungkan tak lama lagi.


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei 2012 depan. Terdahulu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012.
Pada majlis itu, sejumlah RM5 juta telah diberikan oleh syarikat-syarikat swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 dan pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 itu. Beliau juga memaklumkan persiapan Hari Belia Negara 2012 kini telah berapa pada tahap 80 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya hari ini.
Terdapat pelbagai acara menarik yang menanti anda disana. Antaranya Jom Heboh Putrajaya 2012, Pameran Antarabangsa, Perkhemahan, Karnival Titian Cinta, Jualan Makanan, Gerai, dan pelbagai lagi. Jika anda berkesempatan silalah berkunjung ke Karnival Hari Belia Negara Putrajaya 2012.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Kunjungi :
Facebook Page= Hari Belia Negara 2012
Twitter Page= @HariBelia2012


2 Add Comment

Did anybody went? So quiet

haha yeah, not quiet o0o.


EmoticonEmoticon