Oct 31, 2013

Syarat kelayakan dapat BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2014

Syarat kelayakan dapat BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2014 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi masuk ke dalam blog saya ini. Sebagai tanda terima kasih saya, saya akan berkongsi dengan anda semua informasi berkaitan dengan Syarat kelayakan dapat BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2014.

Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”

Jadi rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 ia telah diperluaskan dan dinaikkan nilainya

permohonan br1m 3.0 2014 syarat layak mohon br1m 3 0 bantuan rakyat 1malaysia 2014

BR1M 3.0

Berikut adalah syarat kelayakan BR1M 3.0

Isi RumahSyarat
Bantuan RM650
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Isi RumahSyarat
Bantuan RM450
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas

Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)


Selain itu, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal
Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun dudaSyarat
Bantuan RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima




Penulis Hakim Mahmud 


EmoticonEmoticon