Dec 28, 2013

Contoh Resume Bahasa Melayu

Contoh Resume Bahasa Melayu |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk menulis resume dalam bahasa melayu. Mungkin ramai lagi di kalangan rakyat Malaysia yang tidak ambil berat tentang cara-cara untuk menulis resume bahasa melayu ni. Tapi anda jangan risau kerana di sini saya akan berkongsi Contoh Resume Bahasa Melayu khas kepada anda yang datang ke blog ini sahaja.

Contoh Resume Bahasa Inggeris (sumber google)


Contoh Resume Dalam Bahasa Melayu

Pada kebiasanya kita akan diminta untuk menulis resume dalam bahasa inggeris untuk memohon sesuatu pekerjaan tetapi jika untuk menulis resume dalam bahasa melayu anda semua boleh ikut format di atas ok. Tetapi di sini saya menunjukan dua format penulisan Resume dalam Bahada Melayu / Malaysia dan Format Resume dalam Bahasa Inggeris.


SILA COPY DAN PASTE DAN TUKAR NAMA DAN SEBAGAINYA.

Faisal Abdullah
107 Kg Kubang Besar,Pdg Besar
20200 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA
Membina kerjaya dalam bidang pemasaran dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat. Berhasrat membantu pembangunan modal insan untuk bangsa.
MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh: Faisal Abdullah
Umur: 20 tahun
Tarikh lahir: 20 Mei 1989
Bangsa: Melayu
No. K/P: 890520-11-xxxx
Warganegara: Malaysia
MAKLUMAT PENDIDIKAN
Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda, Teknologi Maklumat
Kelulusan: Kelas Kedua Kepujian
Tamat: Julai 2007
Institusi: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Bidang Pengajian: Matrikulasi
Kelulusan: Lulus
Tamat: Julai 2003
Institusi: Sekolah Datuk Abdul Ghaffar
Bidang Pengajian: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelulusan: Gred 1
Tamat: Julai 2000
PENGLIBATAN KO-KURIKULUM
Naib Pengerusi, Kelab Kembara, Universiti Malaya, 2006
Setiausaha Kehormat, Badan Pengawas Sekolah, 2000
Mewakili Daerah Seremban Barat dalam sukan ragbi, 1999
Mewakili pasukan bahas sekolah untuk Piala Perdana Menteri, 1999
Mewakilli sekolah, catur, 1998
KEMAHIRAN
Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office (MS Word, Excel dan Power Point)
Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik.
Terima Kasih kerana sudi membaca contoh resume bahasa melayu ini.Jika korang tidak keberatan sila undi poll dibawah untuk membuat sedikit survey mengenai keberkesanan resume ini.

Semoga Entri kali ini berkenaan dengan Contoh Resume Bahasa Melayu dan Contoh Resume Bahasa Inggeris bermanfaat kepada korang semua ok. @ Hakim Mahmud

3 Add Comment

Contoh resume bahasa melayu atau contoh resume bahasa malaysia

perkongsian yang menarik


EmoticonEmoticon