Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2016, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

David Teo Tidak Adil - Wawa Zainal Berhenti Bekerja Dengan MIG

David Teo Tidak Adil -  Wawa Zainal Berhenti Bekerja Dengan  MIG |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi dengan anda informasi berkaitan dengan seorang pelakon wanita yang comel iaitu Wawa Zainal  dalam krisis sekarang ini dengan Metrowealth. Sila baca lebih lanjut di bawah.



Mungkin ia adalah rezeki Wawa Zainal. Walaupun dilanda kontroversi langgar kontrak dan sembunyikan pernikahan, Wawa dikhabarkan dikecualikan daripada sebarang tindakan disiplin. Oleh kerana kontraknya masih berbaki, dia juga dibenarkan menyambung semula kerja dengan syarikat yang dinaungi, Metrowealth International group Sdn. Bhd. (MIG) jika masih berminat.

Bagaimanapun keputusan orang penting dalam MIG, David Teo itu dikhabarkan tidak disenangi oleh beberapa artis MIG yang lain. Memetik sumber Utusan, ada kalangan artis MIG yang mendakwa David Teo tidak adil jika membenarkan Wawa kembali semula ke pangkuan MIG diatas apa yang sudah dilakukannya.



Sumber berkenaan menyatakan, artis-artis berkenaan membantah keputusan David sehingga ada yang pakat nak berhenti daripada menjadi artis MIG kalau Wawa kembali kerja di MIG. Sampai begitu sekali. Namun begitu, adakah benar kerana ‘masalah yang dilakukan’ Wawa mereka tidak mahu Wawa kembali atau kerana mereka takutkan aura Wawa? Maklumlah, seperti yang kita ketahui, Wawa Zainal antara anak emas MIG.
Sehingga kini, Wawa masih belum berikan sebarang keputusan samada mahu kembali semula kepangkuan MIG atau tidak. Jadi perkara ini kena tunggu penjelasan dari Wawa yang dah lama menghilang diri itu. @ Hakim Mahmud
Share this article :
+
0 Komentar untuk "David Teo Tidak Adil - Wawa Zainal Berhenti Bekerja Dengan MIG"

 
Copyright © 2015 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia