Jan 13, 2014

Kisah Disebalik Sami Buddha Solat Jemaah Dalam Masjid

Kisah Disebalik Sami Buddha Solat Jemaah Dalam Masjid |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi satu berita yang sangat menakjubkan di mana 2 dua orang sami buddha telah solat jemaah bersama-sama di dalam masjid. Apakah kisah disebalik kisah ini? Apakah yang sedang berlaku di Negeri Kelantan ini? Semuanya akan terjawap sebentar saja nanti. Bawah di bawah ni korang tahu la.



Di mana menurut kisah ahli kariah surau tersebut, semasa peristiwa kebakaran yang berlaku di Rantau Panjang, Kelantan baru-baru ini di mana sebuah surau kecil yang berada di dalam kawasan pasar berkenaan telah dikatakan tidak dimamah oleh api semasa kebakaran berlaku. Oleh sebab kejadian dan kekuasaan Allah ini dua orang sami yang telah mendengar khabar berita ini telah terbuka hati untuk memeluk agama islam iaitu agama rasmi Allah Subhanallah dan ketika itu juga mereka telah mengucap dua kalimah syahadah dan terus menjadi saudara baru.



Oleh sebab mereka sangat terpesona dengan kekuasaan Allah itu pada petang itu juga mereka berdua telah menunaikan solat berjemaah bersama jemahah-jemaah yang lain di dalam surau tersebut sambil memakai pakaian sami itu.Lihat lah kekuasaan Allah ini, ia ingin memberi hidayah dalam pelbagai bentuk dan cara hanya kita yang tidak perasan.


wa allahu'alam

Ditulis oleh Hakim Mahmud

2 Add Comment

rapatkan saff

Yg x rapat saf 2 tkut n mgkn trkjt kot tgk sami ada solat kat sblh..


EmoticonEmoticon