May 19, 2014

Kenali Siapa Sebenarnya Dyana Sofya?

Kenali Siapa Sebenarnya Dyana  Sofya?Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya. Di sini saya ingin berkongsi informasi berkaitan dengan seorang wanita yang sedang disebut oleh orang ramai buat masa ini iaitu Dyana Soyfa . Mungkin tidak ramai yang mengenali siapa sebenarnya Dyana Sofya.

Kenali Siapa Sebenarnya Dyana  Sofya?
Kenali Siapa Sebenarnya Dyana  Sofya?


Baiklah hari ini korang semua bakal mengenali beliau.Nama sebenar, Dyana Sofya Mohd Daud adalah merupakan Setiausaha Politik pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Wanita ini menjadi sensasi di laman sosial apabila dicalonkan menjadi calon DAP untuk Pilihanraya Kecil(PRK) Teluk Intan. Dyana adalah wanita berbangsa Melayu dan menyertai DAP.

Ramai penyokong parti politik yang tidak suka dengan tindakan Dyana Sofya ini kerana memihak kepada parti DAP yang dikatakan “Rasis Cina”. Pelbagai perkara buruk diperkatakan mengenai Dyana Sofya di laman sosial antaranya adalah “Melayu tidak mengenang budi”.

Dyana teruk dihentam oleh penyokong parti politik khususnya dari Barisan Nasional mengenai isu UiTM yang dimana Dyana Sofya mempertikai kemasukan UiTM adalah untuk Orang Melayu sahaja.

Apa yang mengejutkan lagi, tersebar juga gambar seksi Dyana Sofya yang kelihatan berbikini. Namun kesahihan gambar itu tidaklah diketahui. Hanya Allah sahaja mengetahui perkara yang benar.

Sejauhmanakah cerita mengenai gadis ini tidaklah kita ketahui. Janganlah kita cepat mudah percaya dengan apa yang disebarkan di internet kerana itu mungkin menjadi fitnah. Ingat!! Fitnah adalah lebih teruk daripada membunuh.

 Penulis tidak memihak pada mana-mana tetapi ingin berpesan kepada semua supanya menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan hanya menerima sahaya apa info atau berita yang disampaikan tanpa memeriksa kesahihan berita itu.



Di kongsikan Oleh Hakim Mahmud


EmoticonEmoticon