May 19, 2014

Sinopsis Drama Bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan Slot Akasia

Sinopsis Drama Bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan Slot Akasia |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu drama bersiri baru yang bakal menemui para penonton di slot akasia tv3 Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan mempunyai 24 episode di mana drama bersiri ini telah diadaptasikan dari Novel karya Umie Nadzimah akan ditayangkan mulai 21 Mei 2014 di slot akasia tv 3.Jangan lupa saksikan drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan setiap hari isnin hingga khamis bermula pada pukul 7 malam hanya di slot akasia tv3.

sinopsis kerana terpaksa aku relakan
sinopsis kerana terpaksa aku relakan 

Pelakon Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Slot Akasia TV3

Amar Baharin – Tajul Razin
Syafiq Kyle – Tajul Fahin
Izreen Azminda -  Indah Halina
Iqram Dinzly – Inspector Aryan
Ika Nabella – Hasma
Nadia Aqilah Bajuri – Zawati

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan Slot Akasia TV3

Indah Harlina (Izreen Azminda) telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah (Aliza Shada) dan Zawati (Nadia Aqila) sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat.

Tanpa wang satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah (Dian P.Ramlee). Tajul Razin (Amar Bahrin) yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan. 

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful (Afzan) juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati. 

Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur, sehingga akhirnya takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah.


Dikongsikan Oleh Hakim Mahmud . Sumber Gambar Google.


EmoticonEmoticon