Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2017, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

WANITA INI MEROGOL LELAKI YANG CUBA MENYAMUN RUMAHNYA

Entah rugi atau malah beruntung, kisah lelaki ini benar-benar aneh bin pelik. Baca kisahnya lebih lanjut!

Seorang lelaki dari Rusia yang berniat menyamun sebuah salon kecantikan terpaksa dijadikan sebagai hamba seks selama tiga hari setelah berhasil diperdaya oleh wanita yang tak lain tak bukan adalah pemilik salon dan pemegang tali pinggang hitam karate.



Dalam pengakuannya kepada pihak polis, Viktor Jasinski,32 tahun memberitahu rencana awalnya pergi ke salon di Meshchovsk, Rusia, adalah untuk mencuri. Namun, situasi yang ditemuinya ternyata di luar dugaan. Perancangan samun Viktor Jasinski berjaya dipatahkan oleh pemilik salon, Olga Zajac,28 tahun hanya dengan sekali tendangan.


Dalam keadaaan setengah sedar setelah berhasil dipatahkan rancangan samunya itu, Jasinski diseret ke sebuah ruang di belakang salon oleh Olga Zajac yang kemudian mengikatnya dengan kabel pengering rambut. Viktor Jasinski yang ditahan dengan cara diikat dalam keadaan telanjang selama tiga hari mengaku tidak diberi makan, kecuali diberi Viagra sebelum akhirnya dibebaskan.

Rupanya Viktor Jasinski tidak dapat menerima perlakuan terhadap dirinya sebagai hamba seks. Viktor Jasinski kemudian melaporkan apa yang dialaminya di balai polis.

Menerima laporan tersebut, pihak polis segera datang ke salon Olga Zajac. Namun, apa yang dikatakannya kepada pihak polis?."Memang kurang ajar. Ya, kami memang berhubungan seks beberapa kali. Tapi saya membelikannya beberapa seluar jeans, memberikannya makan, dan malah wang sebanyak 1.000 Rubel sebelum dia pergi," kata Olga Zajac.

Berdasarkan keterangan yang diberikan kepada pihak polis, baik Viktor Jasinski maupun Olga Zajac saat ini telah ditahan atas kesalahan masing-masing..Erk
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "WANITA INI MEROGOL LELAKI YANG CUBA MENYAMUN RUMAHNYA"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia