Wanita-wanita di seluruh Eropah, yang tergolong kaum yang mencintai sesama jenis atau lesbian, tertarik mengunjungi sebuah pulau di Greek untuk menghadiri sebuah festival antarabangsa yang unik, khas untuk kaum wanita.
Pulau itu bernama Pulau Lesbos. Pulau itu terletak di sebuah kawasan yang dipengaruhi oleh Yahudi Ortodoks di mana sebahagian masyarakatnya menentang pernikahan sesama jenis. Tetapi kerana diadakan secara diam-diam, acara untuk para kaum lesbian itu berkembang di sudut Laut Aegea.
Selama sedekad terakhir, pengunjung acara festival itu meningkat secara drastik. Dari sekitar 30 orang sampai ratusan orang wanita. Mereka datang dari berbagai negara di Eropah merangkumi Jerman, Britain, Netherland,Israel dan Itali.
Wanita-wanita yang hadir di sana dihidangkan dengan acara seperti bersiar-siar menggunakan kapal pesiaran, menikmati matahari terbenam, bengkel, mengadakan kelas tarian Yahudi serta menayangkan filem mengenai lesbian.
"Saya terpesona, tidak ada rasa cemas sama sekali," kata Lauren Bianchi, seorang peserta yang berasal dari Scotland.
Lauren Bianchi mengaku ini bukan kali pertama dia mengikuti festival tersebut. Dia mengaku sebelum ini dia telah membaca artikel tentang hubungan yang tidak mesra antara penduduk tempatan dan lesbian. Tetapi saat berada di sana, dia merasakan seronok sekali.
Pada tahun 2000 yang, buat pertama kali festival ini dilancarkan, telah terjadi ketegangan diantara penduduk dan peserta. Sebuah poster iklan dianggap sebagai pencetusnya. Datuk bandar telah mengancam membawa masalah ini ke mahkamah dan melarang acara tersebut diadakan. Dia berjanji akan mengusir para lesbian dari tempat tersebut.
Tetapi, khabar angin mengatakan 'pelancong' lesbian ini sudah mulai datang kawasan pelancongan itu sejak tahun 1970-an. Menurut laporan sebuah agen perlancongan, sekarang hampir sekitar 60 peratus yang mengunjungi pulau tersebut adalah golongan lesbian. Tetapi ketika festival berlangsung, pelancong lesbian akan melonjak menjadi 90 peratus! -APiz-

1 Add Comment so far
Tempat cantik..pemandangan yang menarik tapi sayang pulau tu untuk lesbian je :(
EmoticonEmoticon