Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2017, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

LELAKI INI SELERANYA SEPERTI LEMBU & KAMBING

Lelaki yang berusia 50 tahun ini berasal dari Niwuei, China. Sudah lebih 15 tahun dia hanya memerlukan makanan yang berupa rumput dan akar-akaran pohon. Ternyata dia sedikit pun tidak menderita gangguan kesihatan walau sedikit. Bahkan sebaliknya yang terjadi dimana tumor di kaki yang dideritakan sejak sekian lama sembuh seperti sediakala.

Li Sanju setiap hari akan makan rumput dan daun-daun yang ada disekeliling. Lelaki luar biasa ini mulai terinspirasi untuk memakan rumput dan akar-akaran pohon disaat menonton television mengenai seorang lelaki yang mampu ikhtiar selama 10 hari tanpa makan. Dokumentari itu memberi ilham kepada dirinya untuk hanya memakan air dan dedaunan yang terdapat di gunung.



Ketika keluarganya makan nasi dan lauk pauk, Li Sanju hanya makan rumput dan daun-daun. Tapi semuanya dilakukan secara perlahan-lahan. Pada permulaan dia berhenti makan daging namun tetap makan nasi. Setelah beberapa minggu, dia memutuskan berhenti makan nasi dan beralih ke rumput, akar pohon dan daun-daun.

Pada permulaannya perut Li Sanju mengalami kejutan, dia pun lantas terkena cirit-birit selama berhari-hari. Tapi dia tidak menyerah. Dia menganggap cirit-birit itu disebabkan oleh rumput dan dedaunan di kampungnya telah terkena racun tanaman. Akhirnya Sanju memutuskan hanya memakan rumput, akar dan dedaunan pohon yang berasal dari gunung. Kerana yang berada di gunung-gunung sudah pasti bebas dari sebarang racun tanaman..Aneh!

 Korg tertarik untuk beralih ke rumput dan daun-daun?..Sesuai untuk korg yang mahukan langkah-langkah penjimatan dihujung bulan..hahahaha.. Mungkin lepas ni WUJUD akan siarkan cerita mengenai korg pulak!
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "LELAKI INI SELERANYA SEPERTI LEMBU & KAMBING"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia