Mar 31, 2012

Permohonan KPLSPM Ambilan Jun 2012

KPLSPM Ambilan Jun 2012 | Biasiswa Mara 2012 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan dengan anda informasi berkaitan dengan borang kplspm 2012.Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2012. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan Kursus Perguruan
Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
    • Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
    • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
      • Bahasa Melayu
      • Sejarah
      • Satu mata pelajaran yang lain serta;
      • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Program Pengajian

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
  • Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Bahasa Arab Pendidikan Rendah
  • Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
  • Bahasa Iban Penddikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal
    Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2012.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

Maklumat

  • Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk Aplikasi Permohonan Program Perguruan dan baca dengan teliti sebelum anda membuat permohonan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010 dan Jun 2011 sebagai panduan.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/  1242/ 1245
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

Folio Kerja Khusus Sejarah Tingkatan 3 PMR 2012 | Download Full Folio

Contoh kerja kursus sejarah tingkatan 3 2012 |Folio sejarah tingkatan 3 2012 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan dengan korang semua iaitu kepada pelajar-pelajar sekolah menangah tingkatan 3 pada tahun 2012 di sini saya ingin berkongsi dengan korang informasi berkaitan dengan folio kerja khusus sejarah tingkatan 3 2012.


Di sini Keperluan untuk Folio kerja khusus sejarah tingkatan 3 2012..



  1. Tajuk Tugasan 2012
  2. Panduan Pelaksanaan
  3. Kerja Khusu Sejarah PMR 2012
Inilah semua Contoh Kerja Khusus Sejarah Tingkatan 3 2012

Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Kerja Khusus Sejarah Tugasan 1 - Senarai tugasan untuk folio kerja khusus sejarah 2012.Tugasan 1
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :
i. makanan
ii. pakaian
iii. kraf tangan
iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )
Ulasan awal saya
- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda
- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian
- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1
  • - contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek 
  • bahulu /
  • dodol /
  • mi /
  • kicap /
  • budu /
  • cencalok /
  • mi siput /
  • kuih raya
  • pau
  • roti
  • dll yang sesuai
  • ciri sama - ada sejuk beku / ada sistem packing/ pembungkusan /jualan secara atau skala besar
- bagi pakaian agak susah sikit kerana tidak semua tempat ada mengeluarkan produk jenis ini. Kalau kawasan tempat tinggal anda ada perushaan pakaian ( buat baju kurung / baju Melayu / blazer / kot / baju korporat / t shit pelajar / pakaian seragam ) boleh anda buat bahagian / tajuk ini
- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.
- Pertukangan kayu atau logam agak susah sebab tak banyak yang ada.
- Jadi kesimpulan apa yang dibuat ialah cari tempat dulu yang sesuai barulah pilih tajuk
- Jarak juga memainkan peranan
- Kalau pengusaha itu nakkan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3

JPA Scholarship 2012 | Biasiswa Jpa 2012 Lepasan SPM [UPDATE]

 Biasiswa jpa 2012 lepasan spm | JPA Biasiswa 2012 | Dasar Penajaan JPA Bagi Tahun 2012 | Ramai lepasan SPM 2011 yang sedang mencari mengenai Biasiswa JPA 2012 bagi menaja mereka untuk sambung belajar ke tempat yang diingin. Tetapi jika dilihat tahun 2012 ini, JPA tidak mengumumkan sebarang Tajaan Biasiswa JPA pada masa terdekat ini.
Sampaikan ada beberapa orang yang mengatakan bahawa untuk calon lepasan SPM 2011, JPA tidak mengeluarkan sebarang tajaan biasiswa JPA tahun 2012/2013. Bagi aku, kita nantikan pengembangan terbaru dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Dan pada 27 MAC 2012, JPA (Jabatan Perkhidmatan AWAM) telah mengeluarkan penyataan mengenai Penajaan Biasiswa JPA 2012 di laman web Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Boleh jadi berita baik dan boleh jadi berita buruk untuk lepasan SPM bagi mendapatkanJPA Scholarship 2012 untuk anda.
Ikuti Dasar Penajaan JPA Bagi Tahun 2012 yang aku petik dari Portal Rasmi JPA

Dasar Penajaan JPA Bagi Tahun 2012

Sukacita Dimaklumkan, Bahawa Dasar Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagi Tahun 2012 Akan Diumumkan Mulai 9 April 2012 Melalui Laman Web Jabatan. Sebarang Maklum Balas Berkaitan, Sila Hubungi Talian 03-8885 3704 Atau LayariLaman Web eSilav2 Bagi Mendapatkan Maklumat Selanjutnya.
Jadi, JPA umumkan berkait rapat dengan biasiswa tajaan JPA 2012/2013 akan diberitahu secepat mungkin mulai 9 April 2012. Bagi lepasan SPM, jangan terkejut bila baca Dasar Penajaan JPA Tahun 2012 ini.
Doa-doakan la supaya Dasar Penajaan JPA Bagi Tahun 2012 berkait rapat denganbiasiswa JPA tahun ini lebih baik dari sebelum ini. Mana la tau kan… =)
Teringat sampai anda orang cari “Bilakah biasiswa JPA akan keluar??” atau “Lepasan SPM 2011 tiada tajaan??”

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera [UPDATE]

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin memberi sedikit informasi berkaitan dengan yayasan penaraju pendidikan bumiputera .


KUALA LUMPUR – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan) menawarkan biasiswa pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan 5A ke atas manakala 2A ke atas bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Raja Azura Raja Mahayuddin (gambar) berkata, tawaran itu terbuka kepada semua pelajar bumiputera dari persekitaran mencabar yang berprestasi sederhana tetapi berpotensi untuk memajukan diri.
Menurutnya, biasiswa itu juga diberikan kepada pelajar mengikuti pengajian yang memiliki peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
“Yayasan menyasarkan pelajar berpotensi dari persekitaran mencabar kerana memahami kesulitan mereka mendapatkan pendidikan sempurna seperti pelajar di luar bandar.
 “Bagaimanapun, ini tidak pelajar bandar tidak layak memohon, Yayasan mengambil kira faktor lain seperti pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kesukaran mendapatkan bahan pendidikan dan tercicir peluang melanjutkan pengajian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera 

Mar 30, 2012

Gambar Tatu Fatin Nur Afifah di Pinggang

Gambar Tatu Fatin Nur Afifah  - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan dengan anda kontroversi mengenai tatu yang berada di pinggang fatin nur afifah yang tertulis putt..

GAMBAR FATIN NUR AFIFAH ADA TATTOO ABADI CINTA PUTT PENGKID UGUT BAKAL SEBAR GAMBAR LUCAH EFFY
FATIN NUR AFIFAH PELAKON TENTANG BULAN – cinta pengkid bernama putt telah tersebar cerita panas ini dihujung 2011 yang lepas apabila beberapa keping gambar mesra pasangan sejenis ini tersebar di ruangan blog tempatan.
kisah pelakon kanak-kanak yang terkenal suatu masa dulu ini kembali disensasikan apabila kenalan rapat effy membuka cerita berkenaan isu tattoo nama putt di badan fatin nur afifah. effy turut dikhabarkan telah memutuskan perhubungan dengan kekasih pengkidnya.
namun apa yang tidak sedap didengar, isu tattoo berkenaan tertera nama putt. tattoo yang hanya bertulisan itu diabadikan di bahagian pinggang fatin nur afifah dan gambar tatto tersebut telah pun tersebar diruangan internet malaysia.
bertambah panas apabila fatin nur afifah juga telah diugut akan tersebar gambar lucah nya ketika bersama pengkid berkenaan sekiranya effy memburuk-burukan nama pengkit berkenaan yang lebih dikenali sebagai putt.
sebelum ini fatin nur afifah turut menulis kisah cinta mereka di laman blognya namun blog itu sudahpun ditutup dan tidak dapat di akses lagi. berikut adalah beberapa gambar tattoo dibadan fatin nur afifah.

Mar 29, 2012

Filem Bunohan Full Movie Download

Bunohan Full Movie  | Download Bunohan movie | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan dengan anda filem terbaru pada bulan mac ini iaitu filem bunohan, korang semua dah baca ke sinopsis filem bunohan mediafire ?? kalau korang nak baca sinopsis bunohan boleh baca kat bawah ok....

Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya. Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.


Kepada yang ingin download filem bunohan boleh bookmark pages ini ok, pada 31 mac 2012 saya akan letakkan link untuk download filem bunohan full movie download mediafire dan fileserve.

Mar 27, 2012

Dividen Bank Rakyat 2012 | Bank Rakyat Dividen 2012

Dividen Bank Rakyat 2012  | Bank Rakyat 2012 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan informasi berkaitan dengan bank rakyat 2012, dimana bank rakyat telah menaikkan dividen bank rakyat 2012 ini yang sangat tinggi...mesti korang semua suka yang mana ada akaun bank kat bank rakyat la.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya. Pengagihan itu melibatkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM301.9 peratus kepada RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya..

Mar 26, 2012

Gambar Tunang Irma Hasmie iaitu Reza Syah

Gambar Tunang Irma Hasmie  | Irma Hasmie  | Pertunangan Irma Hasmie  | Irma Hasmie Bertunang  | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan yang sudi datang ke blog saya ini, di sini saya kongsikan gambar tunan irma hasmie, di mana irma hasmie baru sahaja melangsungkan pertunangannya dengan reza syah kelmarin.... Di bawah ini saya ada sertakan gambar tunang irma hasmie semasa majlis pertunangan irma hasmie semalam..

gambar tunang irma hasmie


Majlis pertunangan irma hasmie didatangi oleh kawan karib dan sanak saudara...

Mar 23, 2012

Senarai Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik (SBP) 2012

Senarai Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik 2012 |SBP Terbaik 2012 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan carta ataupun tangga sekolah sbp terbaik 2012 ini.

Berikut adalah senarai ranking sekolah berasrama penuh terbaik (sbp) 2012 :


1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.923
2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.939
3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.9842
4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.1183
5 SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU MUNAWIR 1.18
6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.226
7 SM SAINS REMBAU 1.3006
8 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.3553
9 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.3725
10  SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.3793
11 SM SAINS ALAM SHAH 1.44
12 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.4508
13 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.4579
14 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.4724
15 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.5109
16 SBP INTEGRASI RAWANG 1.5281
17 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.5287
18 SM SAINS JOHOR 1.5491
19 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.569
20 SM SAINS SELANGOR 1.5927
21 SM SAINS BAGAN DATOH 1.6082
22 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.6345
23 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.6416
24 SM SAINS SERI PUTERI 1.6491
25 SM SAINS MACHANG 1.6903
26 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.7148
27 SM SAINS HULU SELANGOR 1.7336
28 SM SAINS KUCHING 1.759
29 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.7763
30 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.7893
31 SM SAINS KUBANG PASU 1.792
32 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.7997
33 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.8128
34 SM SAINS LAHAD DATU 1.8227
35 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.8264
36 SM SAINS KUALA TERENGGANU 1.8529
37 SM SAINS MIRI 1.8874
38 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.9024
39 SM SAINS KOTA TINGGI 1.915
40 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.9327
41 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.9355
42 SM SAINS PASIR PUTEH 2
43 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 2.0353
44 SM SAINS LABUAN 2.0397
45 SBP INTEGRASI KUANTAN 2.095
46 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2.098
47 SM SAINS SABAH 2.137
48 SBP INTEGRASI GOPENG 2.1467
49 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 2.1803
50 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 2.1994
51 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 2.2249
52 SM SAINS POKOK SENA 2.2297
53 SM SAINS TELUK INTAN 2.4285
54 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 2.4899