Raja gagap kalahkan raja Facebook
ANUGERAH Academy ke-83 menjadi milik filem British, The King’s Speech, apabila filem yang mengetengahkan kisah seorang raja gagap cuba mengatasi masalahnya itu bukan hanya dinobatkan Filem Terbaik, sebaliknya si sutradara, Tom Hooper membawa pulang trofi Pengarah Terbaik manakala Colin Firth menggenggam anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. Selain itu, filem yang mengetepikan saingan sembilan lagi calon akhir lain itu membawa pulang trofi lakon layar. Saingan terdekatnya, The Social Network, bagaimanapun tidak pulang hampa apabila memenangi trofi lakon layar adaptasi, suntingan dan skor muzik. Aktres Natalie Portman pula mengulangi pencapaiannya pada Anugerah Golden Globe, Anugerah BAFTA, serta kira-kira 10 anugerah lain apabila diumumkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya sebagai penari balet bermasalah dalam Black Swan. Sementara itu, pelakon British, Christian Bale dan Melissa Leo, masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, hasil pers...