Kepentingan DOA PENGASIH - Luqman Hakim Kepentingan DOA PENGASIH | Luqman Hakim
BREAKING NEWS

Info Artis

Advertisement

Category 7

Sep 30, 2011

Kepentingan DOA PENGASIH


Kepentingan Doa Pengasih Dalam hidup kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda...di sini saya ingin kongsikan dengan dengan anda semua doa pengasih...mungkin ramai yang tidak tahu apakah kegunaan ayat pengasihkan?takpa saya akan kongsikan tentang doa pengasih semuanya di sini...
Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak dagu, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. 

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar . Tak bau syurga bila mati.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)


Firman Allah swt maksudnya:


"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. 

Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 

Wasallam.

1 comment :

  1. terima kasih kerana berkongsi..tips yang berguna dan boleh diamalkan mudah-mudahan ada yang kasihkan kita tidaklah hanya nak membenci

    ReplyDelete

 
Copyright © 2013 Luqman Hakim
Share on Luqman Hakim. Powered byGoogle