Apr 12, 2011

Kes Pelajar tingkatan 2 tumbuk Guru perempuan sampai patah tulang hidung.

Satu lagi drama dunia yang baru sahaja diwayangkan beberapa hari lepas..
KANGAR: Mahkamah Majistret di sini semalam, mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah dekat sini, yang didakwa terbabit dengan kejadian menumbuk seorang guru, Mariati Mat Ail, 37, sehingga patah tulang hidung, kelmarin.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Nursyarida Abd Rahman yang bermula semalam hingga Isnin ini terhadap pelajar berusia 14 tahun itu di dalam kamarnya.
Suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kangar dengan kenderaan polis kira-kira jam 9.30 pagi.
Dia yang ditahan polis semalam, memakai baju lokap ungu dan bergari kemudian dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah kira-kira jam 11 pagi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa yang juga seorang guru disiplin cedera parah di bahagian hidung akibat ditumbuk seorang murid Tingkatan Dua di Chuping di sini, kelmarin.
Mangsa yang juga guru Sejarah di sekolah berkenaan dipercayai pa-
tah tulang hidung selepas ditumbuk di bahagian muka oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tegurannya sebelum itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, beberapa guru yang melihat kejadian terbabit, bertindak membawa mangsa yang berlumuran darah ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk menerima rawatan lanjut.
Difahamkan ketika kejadian, guru berkenaan sedang bertukar kelas untuk mengajar subjek Sejarah di kelas lain sebelum terserempak dengan suspek, seorang pelajar Tingkatan Dua yang sedang bergaduh di kaki lima bangunan sekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata polis sudah mengambil keterangan daripada saksi dan mangsa.
“Kita sudah ambil beberapa keterangan daripada mangsa dan saksi kejadian hari ini (semalam) dan akan menyiapkan kertas siasatan dalam masa terdekat.
“Jika siasatan selesai, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya selewat-lewatnya Isnin ini,” katanya ketika dihubungi, semalam
Sumber: Berita Harian
Nampaknya, berita tentang pelajar tingkatan 2 yang pukul guru sejarah itu mendapat liputan meluas di akhbar, blog dan juga television. Kalau dulu kita dah biasa dengan cikgu pukul pelajar, kini pelajar pula pukul cikgu sampai patah tulang hidung. Kalau cikgu tu mati? Dah jadi kes bunuh pula. Jadi, saya sendiri tak faham mengapa ini semua terjadi. Rasanya pengaruh-pengaruh yang kurang elok dah diserap penuh oleh pelajar-pelajar kita sekarang. Setakat bergaduh, menipu, mencuri dan ponteng sekolah kita dah selalu dengar. Tapi kes seperti pelajar cium dalam kelas, berpelukan dalam kelas, pelajar perempuan mengandung, pelajar cakap lucah dengan cikgu sudah semakin berleluasa sekarang.
Mengapa ini terus terjadi? Salah cikgukah? Benarkah cikgu yang bersalah? Apakah pula peranan ibu bapa? Bagaimana peranan masyarakat setempat dan pihak tertinggi? Apakah respon dan tindakan setelah banyak perkara sebegini berlaku? Jangan harapkan cikgu sahaja. Cikgu sudah banyak menegur, membantu dan menasihat. Tapi sampai satu tahap, bila cikgu dipersalahkan, memang saya rasa macam peranan guru sudah hilang sinarnya, sudah ghaib cahayanya. Sebab itu banyak cikgu-cikgu yang hanya bekerja tetapi tidak memperdulikan perangai pelajar mereka. Mereka takut mengambil tindakan. Hendak sentuh pelajar pun kena fikir banyak kali. Sentuh sikit, surat mahkamah sampai. Mengapa sampai begitu??
Ps: Kalau pelajar lelaki tu tumbuk guru perempuan, dia beranilah ebab itu guru perempuan. Tapi kalau yang ditumbuk itu cikgu lelaki, kirim salamlah. Mahu nyawa-nyawa ikan pelajar tu kalau dia tumbuk cikgu lelaki. 99% kalau pelajar lelaki tumbuk guru, guru akan mempertahankan diri dan akan membalas dengan lebih teruk lagi. Ini tanggapan liar saya. Kalau saya, mungkin saya juga akan berbuat demikian.

4 Add Comment

Salam...kalau dulu, semua org hormat pada guru walau macamana bengis sekalipun guru tu. Skrg ni lain bebenor fe'el budak2..guru pulak jd takut

nth ape la budak2 zaman skung ni..hehe but not me!!

sayangilah guru anda.. hehe ^_^

Ahah , huyyo , ganas ah budak2 nieh :p


EmoticonEmoticon