Apr 30, 2011

25 Tips Menulis Blog cara dan Berkesan

Ok. Kita sambung siri-siri25 Tips Menulis Blog cara dan Berkesan Sebenarnya ada 1001 tips yang anda semua boleh cari dengan hanya search di Google dan Yahoo. Tapi saya cuma kongsikan 25 tips sahaja. Kalau bagi 1001 tips, tapi tak buat apa-apa, takkan dapat hasilnya bukan? Jadi, lebih baik buat 25 tips tetapi kita mampu buat semuanya dengan baik setiap hari.
6. FriendlyBlogger Mesra alam. Blogger ramah-tamah dan blogger yang baik hati. Lebih kurang macam itulah. Maksudnya anda selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan pembaca, pelawat dan pengomen diblog anda. Setiap artikel yang anda buat, mungkin ada yang berminat untuk memberi komen atau pendapat. Balas komen mereka dengan secepat mungkin. Selalu-selalulah berkomunikasi dengan mereka. Jika ada chat box, selalulah reply apa yang mereka tanyakan. Dengan cara ini, bukan sahaja orang akan menganggap anda blogger yang baik, malah tidak mustahil jika ada yang berminat untuk berkawan dengan anda secara serius. Lebih-lebih lagi kalau anda seorang blogger lelaki yang panas dan handsome ataupun anda seorang gadis comel yang gila pakai tudung shawl.
7. Tahu tentang basic HTML. Nak tak nak, kena tahu. Setiap gambar atau link yang kita letak diblog kita, ada nilai-nilai HTML tu. Nak bagi satu perkataan terbentuknya link, ada code-codenya tersendiri. Nak tahu html code tu kenalah selalu menilai dan belajar. Mula-mula, saya pun kekok tak tahu apa kejadahnya HTML ni. Tapi sebagai seorang cikgu, takkan benda ni pun tak boleh nak belajar? Bila dah tahu, barulah saya faham yang benda ini senang sangat sebenarnya. Jadi, mari belajar basic HTML untuk memudahkan anda menulis blog.




8. Belajar tentang SEO. Ini topik berat sebenarnya. Tapi kalau anda serius untuk menulis blog bagi satu tempoh lama, dan anda juga berminat untuk membuat duit dari blog-blog anda, anda perlu belajar tentang SEO. Tak perlu terlalu expert, yang penting anda tahu asas-asas SEO seperti backlink, trackback, bounce link, bounce rate dan sebagainya. Boleh search kat internet atau tunggukan sahaja artikel dari saya yang akan saya kongsikan tentang apa itu SEO nanti. Insya-Allah. Saya pun bukannya expert. Masih lagi perlu banyak belajar tentang SEO dan hasilnya, blog ini juga banyak perisa SEO yang berjaya saya peram sehingga mendapat 400-500 unik visitor setiap hari. Alhamdulillah. Siapa nak bagi kan?
9. Cari mentor atau jurulatih. Ya. Saya juga mempunyai beberapa mentor dan jurulatih yang saya pilih dengan syok sendirinya. Ada beberapa blog yang saya ikut dan baca setiap hari untuk mencari ilmu menulis blog ini. Tapi kalau dapat cari mentor yang sanggup ajar kita dan sanggup tegur dan marah kita, itu lagi bagus. Jadi, mari cari mentor dan belajar dari mereka.
10. Tetapkan target atau Goal anda. Apa yang anda mahukan dari blog anda. Apa yang anda ingin capai. Tulis kat satu kertas dan tampal kat dinding meja anda. Tidakpun, buat satu artikel khas untuk wishlist blog anda dan listkan apa yang anda mahu blog anda capai. Mahu jadi blogger popular? Mahu dapat cek adsense setiap bulan? Mahu dapat 10 buffer earning setiap bulan dari Nuffnang? Tuliskan. Dan usaha ke arah itu.
Ok. Cukup 5 tips menulis blog cara Ohcikgu.com. Apa yang saya tulis tu, memang saya buat. Jika anda perasan, anda akan nampak blog ini banyak berubah ketika diawal kemunculannya. Sedikit demi sedikit saya ubah untuk capai apa yang saya mahukan.

kredit to:http://ohcikgu.com

3 Add Comment

kalau saya belajar otodidak belajar dari internet jadi hasilnya juga tak seberapa bagus


EmoticonEmoticon