May 25, 2011

11 Keistimewaan orang kelantan

hihi assalamualaikum buat anda semua yang sudi datang ke blog saya ini..pada hari ini saya ingin berkongsi
Keistimewaan orang Kelantan.Dan saya harap anda semua sudi membacanya dengan tekun.



1.   Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…


2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.
Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:
“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu
“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya


3. Kelantanese have their own currency.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”
Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”
perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)


4. Kelantanese and ‘Budu’
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)


5. Kelantanese are soft.
Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.


6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.
Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.
Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.
 


7. Kelantanese and Nik Aziz
Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.


8. Moon Kite (wau bulan)
Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.


9. Wayang kulit
Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).


10. Thailand (golok)
Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.

11. orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness
‘kawe’ dengan kenalan biasa
‘aku’ dengan member2 rapat
‘oghe’ dengan family
’sayo’ untuk formality

ps:lain kali saya buat keistimewaan orang selangor ke pahang ke terengganu..hehe

4 Add Comment

luqmannnn. r u kelantanese??? meh3 sggh my blog.. ade psl klate jgk!!
http://epolarapurapu.blogspot.com/2011/05/red-worriors.html

yup....saya orang kelantan..naper?had problem


EmoticonEmoticon