1. Anjing sentiasa lapar, dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifatnya yang soleh. Berbeza dengan manusia, selagi belum kenyang, selagi tu tangan tak berhenti menyuap dan mulut tak reti nak berhenti mengunyah.
2. Anjing tidak mempunyai tempat yg tetap, selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang bertawakal kepada Allah.
3. Anjing tdk tidur di waktu malam, melainkan sedikit sahaja,dia selalu berjaga jaga. Sifat ini sama dgn sifat orang-orang yang cinta kepada Allah, sentiasa renggang punggung dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.
4. Jika anjing mati, dia tidak ada barang atau harta yang akan wariskan dan tidak ada pula yg mewarisi hartanya. Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yg zuhud.
5. Anjing tidak suka meninggalkan tuannya (melainkan anjing gila), tidak cepat merajuk macam orang perempuan atau melarikan diri sekalipun di pukul atau dimarah. Sifat ini tanda2 yang di miliki para murid yg siddiq yg sedang belajar dari tuan gurunya. Sentiasa tidak marah atau merajuk walaupun di uji dengan berbagai ujian. Manusia? Kalau pukul sikit, terus saman 1 juta!
6. Anjing lebih reda atau suka tidur di tanah,atau tempat-tempat yg lebih rendah daripada tempat manusia. inilah tanda-tanda orang yang bertawadhuk, orang yang suka merendahkan diri dan tidak menyombong. Manusia tidur kat rumah dua tingkat, empat tingkat, 88 tingkat dan macam-macam tingkat. Punyalah tinggi. Tak takut gayat ker?? Manusia tak suka merendah diri dan suka menyombong. Ini hakikat. Dapat naik pangkat, kena puji sikit, mulalah buat pembedahan plastik. Bagi hidung tinggi..
7) Jika tempatnya di ambil oleh org atau di tempati benda lain, dia akan pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau dendam. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya. Manusia lain. Orang lain punya tempat, dikebasnya. Bila mereka mengadu, dikatakan pula mereka tak ada geran tanah yang sah. Adehh, macam tu plak..
9. Jika dia di pukul, di halau, atau di baling dgn benda-benda yang menyakitkan dia menerimanya. Tidak ada perasaan dendam terhadap perkara yang lepas. Inilh tanda hamba Allah yang kusyuk. Manusia? Kalau kena halau, dendam 100 tahun. Kalau kena baling? Saman 100 juta. Apa kes? Sikit-sikit saman..bukankah memaafkan itu satu sifat yang lebih mulia?
9. Jika anjing melihat orang makan, dia melihat saja dari jauh , tidak meminta-meminta atau menganggu. jika di beri, dimakan dan jika tidak di beri , dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah. Manusia lain pula caranya, tak cukup harta sendiri, dicurinya harta orang lain. Bila dah jadi miskin, mulalah tak reda dan mulalah menyalahkan Allah..kata Allah itu tidak adil. Gila apa manusia orang macam nih..
10. Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya dia tidak menoleh ke belakang. Inilah tanda-tanda org yang akan berjaya. Ya, fokus pada masa hadapan dan mulakan hari baru yang lebih cemerlang.
Ps: Apa yang aku tulis ni hanya simbolik. Jadi, sila tangkap dan fahami maksud yang tersirat dari 10 point ini. Jika terasa, jangan pula simpan dendam kat anjing pula. Anjing tu tak bersalah pun..
EmoticonEmoticon