Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2017, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

Harta kekayaan Lee Chong Wei yang kita tak tahu..korang tau tak?

anda tahu yang salah seorang pemain badminton negara yang cukup saya minat iaitu Lee Chong Wei merupakan salah seorang individu yang agak kaya di Malaysia?
Mengapa saya berkata demikian? Haa, mari kita lihat kereta beliau yang comel ini..
Dengarnya, Lee Chong Wei memang peminat kereta-kereta mewah. Betul ke?
Nissan GTR yang comel yang dimiliki oleh Lee Chong Wei
Berikut merupakan kiraan mudah tentang kekayaan Lee Chong Wei:
  • Ia diperoleh berdasarkan sembilan kejohanan antarabangsa yang dimenangi, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000.
  • Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.
  • Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.
  • Setakat lima kejohanan tahun ini – Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India – pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.
ps:Lee Chong Wei, jasamu pada Malaysia, tiada gantinya. Harap beliau boleh jadi Juara Olimpik 2012 nanti..
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Harta kekayaan Lee Chong Wei yang kita tak tahu..korang tau tak?"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia