May 29, 2011

tip : Rahsia Kejayaan dan Semangat Bekerja Orang Jepun

Saya telah membaca buku bertajuk "Sony" yang berkisar tentang kejayaan orang-orang Jepun. Buku ini mengisahkan tokoh pengasas Sony Corporation iaitu Akio Morita. Berikut ringkasan kisah beliau yang boleh kita kongsi bersama.

Pada sekitar tahun 40an… sebagai propaganda Amerika untuk meremehkan kekuatan tentera Jepun , mereka telah melukis kartun yang menunjukkan gambar seorang pemburu menyandang sepucuk senapang, yang ketika picunya ditarik maka larasnya menggembung meletup dan mencederakan pemburu itu sendiri . Senapang tersebut bercap: Made in Japan (buatan Jepun).

Namun selepas ketewasan Perang Dunia 2, dengan berbekalkan semangat Kaizen (filosofi kerja yang berteraskan penambahbaikan kualiti berterusan) , warga Jepun bangkit kembali. Dan kini bukannya bangkit untuk berperang tetapi bangkit untuk bersaing dari segi ekonomi. Tiba-tiba orang Jepun tergila-gila pada perlumbaan matematik dan fizik. Persaingan ditumbuhkan sejak kanak-kanak.

Keluaran sekolah bereputasi tinggi lebih mudah mendapatkan pekerjaan yang baik. Ujian-ujian di pelbagai universiti menjadi sangat sukar dan terjadi persaingan mati-matian untuk menjadi cemerlang di dalam pelajaran. Ini menghasilkan masyarakat Jepun yang bijak pandai.
Kemajuan teknologi Jepun didorong oleh semangat untuk berjaya, dengan penuh kesedaran dan rasa kebanggaan. Hasilnya tidak sampai dua generasi untuk mewujudkan keajaiban. Malahan pasukan bola sepak mereka kini telah berjaya pergi ke Piala Dunia pula! Harus diingat suatu ketika dahulu sekitar tahun 70an dan 80an , pasukan bolasepak Jepun menjadi pasukan belasahan pasukan Malaysia sahaja!.

Sebelumnya, orang Barat mengejek, Jepun hanya boleh membuat basikal yang rodanya tidak bolehberputar dan jam-jam yang cepat rosak dimasuki air. Namun sekarang mereka bukan hanya juaradunia dalam hi-fi, tetapi juga dalam microprocessor, kereta, bioindustri dan lain-lain.

Dalam sepuluhtahun terakhir produksi Jepun meningkat dua kali lebih cepat daripada Amerika Syarikat. Aparahsianya?Minat dan keasyikan beliau pada muzik membuatkan semasa beliau bermain golf pun beliau inginmendengarkan The 9th Symphony. "Saya memerlukan sebuah alat kecil dengan pembesar suarakecil," kata Akio Morita pada anak didiknya. Tak lama kemudian terciptalah walkman. Dia berusiasekitar enampuluhan, kurus, rambutnya putih dan matanya hampir kuning. Tapi ia nampak sepertiumur duapuluh kerana semangatnya yang tak kenal lelah. Rumahnya di daerah kedutaan, di Tokyo.Bertingkat, dengan kebun dan sebuah kolam renang. Boleh dikata dia seorang boss Jepun yang sudahberorientasi ke Barat. Dia tak berkeberatan isterinya turut menjamu tamu dalam pakaian Barat.Akio Morita tetap menjalani hidup sederhana dan kekeluargaan secara tradisi. Setiap pagi pukul lapantepat Akio Morita tiba dipejabat. Beliau selalu mengenakan seragam yang sama dengan yang dipakaianak buahnya.

Pada tahun 1947 Akio Morita mendirikan perniagaan Sony; memasarkan transistor4yang pertama, televisyen berwarna pertama, dan walkman pertama. Saat ini perniagaan sedangmaju-majunya, ia mengekspor 70% dari produknya. "Pasaran kami adalah seluruh dunia," katanya.Di Sony, hubungkaitan bahagian pengeluaran dengan bahagian pemasaran merupakan satukemestian yang berkekalan. Contohnya, setiap pagi Akio Morita dan Pengarah

Pemasarannya sarapanbersama-sama. Hubungan yang begitu wajar dan akrab antara peneliti dan pemimpin ini jarang sekaliterjadi di Amerika maupun di Eropah. Mungkin perkara sekecil ini juga mejadi kunci kejayaanmereka .

4 Add Comment

dulu praktikal kat kilang org jepun ,pehhh!langsung tak ley duduk,huwaaa...sbb org jepun tak penah duduk kalau buat keje,huhu

orang jepun, selepas WW2, dorang praktikkan reverse engineering, bukak dan tiru, skang giliran China lak jadi macam tu, memula memang kodi sebab ciplak, lelama jadi Ok sebab RnD, kalo kat malaysia harapkan bukak enjin kapcai je la...kihkihkih, tu pun nak ekzos pun carik siam punya....

betul tu bro..!skung ni kilang motosikal kat negara kita pon da ade kat Thailand!!macam mana nak maju!


EmoticonEmoticon