Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2016, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

Wang Kertas RM20 Malaysia Akan Kembali Diguna Semula.

Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diguna semula oleh Bank Negara Malaysia.

Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

“Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Star pada Rabu.

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.

Share this article :
+
2 Komentar untuk "Wang Kertas RM20 Malaysia Akan Kembali Diguna Semula."

 
Copyright © 2015 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia