Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2016, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

Resepi Daging Masak Hitam

Bahan-bahan:

1 kg daging (direbus dan dihiris)
1 cawan air rebusan daging
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 sudu besar cili boh atau cili kering kisar
4 sudu besar gula merah
1/2 cawan kicap pekat
1 cawan air asam jawa atau 3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air

Bahan-bahan dikisar:

8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm kunyit hidup
2 cm halia

Cara Penyediaan

1. Daging direbus sehingga empuk dan dihiris. Simpan air rebusannya. 
2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar bersama cili boh. Tumis sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan daging dan air rebusannya. 
4. Masukkan gula merah, kicap pekat dan air. Tambahkan garam secukup rasa, air asam jawa dan bawang besar. Masak sehingga 5 minit lagi dan angkat.


Petua masakan
1. Banyakkan halia untuk menyedapkan rasa
2. Kerisik boleh ditambah untuk mengeringkan kuah (ala rendang)
Share this article :
+
2 Komentar untuk "Resepi Daging Masak Hitam"

 
Copyright © 2015 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia