Jul 15, 2011

Biodata Penuh Izreen Azminda Aznam.

hihi assalamualaikum dan salam sejahtera.ok,meh sekarang ini sesi sua kenal artis ,artis malam ini ialah
Izreen Azminda Aznam dia salah seorang pelakon di dalam drama juvana (episode 13 akhir)
tanpa membuang masa jom kenali biodata punuh diri Izreen Azminda Aznam.


Ramai yang tertarik dengan watak Cikgu Zakiah dalam drama juvana. Disini ada info tentang Cikgu Zakiah atau nama sebenarnya izreen azminda.
NAMA: Izreen Azminda Aznam
TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1985
USIA: 25 tahun
ASAL: Kangar Perlis
AKADEMIK: Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
FILEM: Nana Tanjung 2 dan Otai
DRAMA: CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling dan Juvana
PENCAPAIAN: Tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 2005/2006

Sebelum ini izreen azminda pernah berlakon dalam drama-drama lain tapi ia tidak memberikan impak yg besar. Tapi drama juvana telah berjaya memberi kesan besar kepada izreen. Drama juvana mula menaikkan nama izreen azminda.
Cikgu Zakiah
watak cikgu Zakiah yang dibawa oleh izreen dalam drama juvana berjaya menarik minat penonton. Cikgu Zakiah seorang yang tenang, lemah-lembut, penyabar dan tabah
Cikgu Zakiah di belakang kamera
Boleh dikatakan cikgu zakiah menjadi buah mulut penonton juvana. Ramai nak kenali lebih dekat siapa cikgu Zakiah. Makcik-makcik pergi pasar pun tertanya tentang cikgu zakiah. Ramai yang ingat cikgu Zakiah memang betul-betul bertudung. Tapi ia adalah sebaliknya. Di belakang kamera cikgu zakiah yang ayu itu tidaklah bertudung.
Hasil pemerhatian dari facebook dan forum, ramai yang nak cikgu zakiah atau izreen azminda kekalkan imej bertudung. Kekalkan imej bertudung walaupun dibelakang kamera. Bila dibuat perbandingan memang jauh ketara. Personaliti izreen bertudung jauh lebih cantik dan ayu berbanding dengan tidak bertudung.

1 Add Comment so far

mak ai..bnyknya back link n total pageviews die...


EmoticonEmoticon