Jul 4, 2011

Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 Kini Sudah Dibuka.Isi Borang ok.

hihi assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua....kepada rakan-rakan yang akan menduduki SPM pada tahun 2011...kini terdapat sedikit pemberitahuan mengenai permohonan ke Matrikulasi KPM bagi sesi 2012/2013 @ ambilan tahun 2012 dimana permohonan telah pun dibuka mulai sekarang.

Sila pastikan adik-adik membuat permohonan secara atas talian @ online disini.

Dibawah ini disertakan cara-cara untuk membuat permohonan Ke Matrikulasi.Sila pastikan adik-adik membaca panduan dibawa sebelum membuat permohonan.

1. Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakankemudahan PMI.
2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)
A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/ Tamil (SMJKC/T).
3. Cara Permohonan.
i. Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang
bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan.
Kaunselor/guru mengisi borang pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi
pada ruangan yang berkenaan dan menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad
pengenalan mereka. Borang pesanan ditunjukkan di kaunter Bank Simpanan
Nasional(BSN).
Senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada
kerani kaunter di BSN untuk tujuan merekodkan nombor kad pengenalan pada resit
BSN dan diambil kembali selepas urusan merekod selesai.
ii. Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad
akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
-Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
-Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat KadPengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga(No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa
untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.
- Kaunselor/guru akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap
pelajar. Bayaran dibuat atas nama ‘Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM’ dengannombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSNditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini – Contoh Resit BSN)
- Kaunselor/guru pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang
sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:
Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897Nombor Kad Pengenalan PelajarNombor PMI 5 Digit.
-Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon
dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di
http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2011 dengan
memasukkan nombor kad pengenalan
Sekian Terima Kasih….



EmoticonEmoticon