Sep 1, 2011

Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2011 dan Tip Menjawab Soalan Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.....di sini saya ingin kongsikan tip menjawap soalan peperiksaan PMR dan jadual waktu peperiksaan PMR 2011.Tarikh Peperiksaan PMR ( Penilaian Menengah Rendah ) 2011 bermula dari 4 hingga 11 Oktober 2011.





Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaaan PMR 2011 yang tinggal sebulan sahaja lagi :
4 OKTOBER 2011 – SELASA
  • Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10am – 9.10am)
  • Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50am – 11.50am) Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30pm – 4.30pm)
5 OKTOBER 2011 – RABU
  • Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10am – 9.10am)
  • Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50am – 11.20am)
  • Geografi Kertas 1 (2.30pm – 3.45pm)
6 OKTOBER 2011 – KHAMIS

  • Science Kertas 1 (8.10am – 9.10am)
  • Science Kertas 2 (10.30am – 12.00pm)
  • Sejarah Kertas 1 (2.30pm – 3.45pm)
10 OKTOBER 2011 – ISNIN
  • Mathematics Kertas 1 (8.10am – 9.45am)
  • Mathematics Kertas 2 (10.40am – 12.25pm)
  • Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20am – 3.50pm)
11 OKTOBER 2011 – SELASA
  • Bahasa Arab Kertas 1 (8.10am – 10.40am)
  • Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2 dan Bahasa Punjabi (8.10am – 10.10am)
  • Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10am – 9.25am)
  • Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10am – 12.10pm).

Disini aku nak kongsikan tip-tip bagi menjawab peperiksaan PMR 2011 yang pernah aku gunakan dulu. Aku ulas secara umum dan mengikut setiap subjek. Walaupun mungkin terdapat sedikit perubahan yang tidak ketara tapi rasanya cara ini boleh dipraktikkan.
1. Banyakkan menjawab koleksi soalan-soalan PMR tahun lepas. Dari situ dapat lihat bagaimana bentuk soalan dikeluarkan. Rajin-rajin tengok analisis soalan yang telah disediakan di buku tersebut.
2. Dapatkan soalan-soalan peperiksaan percubaan dari negeri-negeri lain,sekolah berasrama penuh dan MRSM. Ini benda biasa wajib buat lepas dapat soalan tersebut.
3. Bagi kertas Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk karangan baca balik latihan dan peperiksaan yang dah dibuat. Yang penting banyakkan input supaya dapat mengolah isi karangan nanti. Kurangkan kesalahan tatabahasa dan format. Elakkan menjawab karangan yang mempunyai format rumit seperti surat rasmi sebab risiko ditolak markah amat tinggi.
4. Untuk Geografi tiada tip khusus. Buat je soalan-soalan dalam buku rujukan dan koleksi soalan sebenar PMR. Pastikan anda tahu kedudukan benua tu kat mana dan ciri-ciri umum tempat tersebut. Fizikal,populasi penduduk,tanaman ruji,gaya hidup,cuaca dan lain-lain.
tip jawab peperiksaan
5. Sains ini subjek kritikal. Perlu banyak latihan dalam mengenalpasti proses sains yang berlaku. Formula kena hafal dan faham apa kaitannya. Daya,pembakaran dan sebagainya. Tiada cara mudah selain membuat latihan yang kerap. Kalau nak masuk kelas sains,ini subjek penting.

6. Sejarah ini mudah. Mengikut pengalaman aku hanya hafal soalan dan jawapan dari koleksi peperiksaan sebenar sebab selagi silibus tak diubah fakta tetap sama dalam buku tu.Aku tak suka baca buku sejarah sebab huraian dalam bentuk karangan bukan dalam point. Jadi aku suka baca buku rujukan dan baca soalan serta jawapan kertas peperiksaan. Apapun cikgu aku pesan dulu Sejarah ni belajar guna buku teks saja sebab point banyak kat situ.
7. Matematik amat seronok jika minat. Sama seperti Sains, tiada cara lain selain daripada membuat latihan yang banyak. Perlu diingatkan dalam Matematik konsep asasnya sama cuma pembuat soalan hanya mengubah sedikit konsep seperti klu-klu untuk dapatkan jawapan. Sebab tu kena banyak buat latihan sebab gaya soalan tidak tetap.
8. Kemahiran Hidup teknik sama seperti Sejarah sebab ia soalan tertutup. Buat je soalan-soalan tahun lepas sebab setiap tahun dah tiada benda nak disoal dalam Kemahiran Hidup ni.. Hehe..
9. Bahasa Arab Komunikasi. Ya,dulu aku ni belajar Bahasa Arab jangan tak percaya. Tiada formula berkesan selain hafal apa yang diajar oleh cikgu korang. Untuk karangan dulu aku buat macam biasa ada permulaan, 3 isi kandungan dan penutup. Disebabkan tak reti nak karang sangat paling maksima satu perenggan aku buat 3 baris ayat. Kalau idea banyak sikit dapatlah 4 ke 5 baris. Makna perkataan masa tu kena banyak ingat dalam kepala. Apapun Bahasa Arab Komunikasi ni seronok, rindu nak belajar dengan Ustazah Siti Azline lagi. Hmm.. Hmm.. :(
10. Akhir sekali menghampiri peperiksaan dalam seminggu macam tu kurangkan tekanan, ulangkaji ringkas saja dan paling penting jangan berbincang selepas menjawab peperiksaan.

nota kaki: aku sendiri pon periksa SPM 2011 ni..huhu tapi jadual Peperiksaan SPM 2011...Jab lagi rasa nak cari jadual waktu  peperiksaan SPM 2011.Tapi kepada budak-budak hehe yang mengambil peperiksaan PMR 2011 aku telah kongsikan  Jadual PMR 2011  dan aku ucapkan selamat menduduki  peperiksaan PMR 2011 dan aku nk mintak tolong,tolong doakan aku ok dlm Peperiksaan SPM 2011.



EmoticonEmoticon