Joey sah bercerai kerana mahu kahwin lain. Ikatan perkahwinan pelakon dan penyanyi, Joey dan isteri, Noraini Mohammad Nasir terlerai pada Khamis, apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan lafaz talak yang dibuat lebih setahun lalu sebagai sah.
Selepas Joey melafazkan sumpah itu, Abdul Halim memutuskan bahawa pasangan tersebut sah bercerai dengan talak satu kali pertama dan memerintahkan Noraini, 44, untuk beredah selama tiga kali suci bermula lafaz dibuat, iaitu 4 Jun 2010. Memandangkan Joey pernah mengakui dia mahu berkahwin lain.
Dalam kes ini, plaintif (Noraini) telah melarikan diri (masuk ke dalam rumah) kerana tidak mahu mendengar lafaz cerai itu. Defendan (Joey) telah melafazkan cerai dengan tergesa-gesa hanya kerana minat yang mendalam terhadap seorang wanita lain. Berdasarkan permohonan yang difailkan pada 15 Oktober 2010, Noraini mendakwa Joey yang pernah menghasilkan album Beradu Suratan itu melafazkan cerai kerana mempunyai hubungan dengan wanita lain bernama Norwati Sadali atau lebih dikenali sebagai Watie (Elite).
Lafaz cerai yang dimulakan dengan bacaan Bismillah itu didakwa Noraini berlaku pada 4 Jun 2010 dan di tempat letak kereta dan hanya didengari oleh seorang rakan bernama ‘Acong’ yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada dirinya.
Noraini pula memberitahu, dia menerima keputusan mahkamah dan lega kerana Joey sanggup menerima akibat daripada sumpah itu dan akan meneruskan hidup dengan anak mereka.
sumber: http://www.melvister.com
2 Add Comment
TENSION BETUL LELAKI YG SUKA CURANG2 NI :S
Nape bleh jd mcm 2?ingt kawin cerai ni mcm main pondok2 ke,main masak2 wktu kcil?xtahu la dgn artis kita ni yg mmandng remeh soal ni..rasa nk kawin dh xnk cerai apala nk jd dgn artis yg mcm ni?bukankh diorg ni public figure?mcm ni ke nk djadikn ikon,idola?berila contoh yg baik
EmoticonEmoticon