Aug 14, 2011

Sinopsis Perempuan Di Hujung Ramadhan Cerekarama TV3


Baca sinopsis drama perempuan di hujung ramadhan sebuah drama cerekarama tv3 yang akan menemui penonton pada 13 ogos 2011. Drama perempuan di hujung ramadhan bakal bersiaran pada jam 10 malam. Berikut adalah sinopsis drama perempuan dihujung ramadhan.
sinopsis perempuan dihujung ramadhan

Mengisahkan tentang kemelut yang membelenggu dua adik beradik, Munirah dan adiknya Sarimah yang sudah 5 tahun tidak bersua muka. Di bulan Ramadhan, Munirah menerima panggilan dari sepupunya, Shikin yang memberitahu bahawa Sarimah sedang tenat kerana menghidapi barah.
Namun, Munirah masih menderita dengan tragedi yang berlaku pada 6 tahun yang lepas ketika Sarimah datang ke Kuala Lumpur untuk menumpang tinggal di rumahnya sementara menunggu pekerjaan.
Sarimah telah membantu menjaga anak Munirah iaitu Adam. Adam dibela sebagai anak sendiri dan ditatang bagai minyak yang penuh. Siapa sangka, kepercayaan Munirah dikhianati kerana Sarimah menjalini hubungan sulit dengan suami Munirah, Zain. Munirah telah diceraikan dan turut kehilangan hak penjagaan Adam. Setelah sekian lama, apakah Munirah dapat memaafkan Sarimah?
Pelakon Drama Perempuan Di Hujung Ramadhan Di TV3
Elly Mazlin, Zarina Zainordin, Riezman Khuzaimi, Wan Maimunah.

sumber: Melvister.com

1 Add Comment so far

As'salam mmg best cite 2..geram pun ada jgk mana xnya sarimah dberi kpcaya'n sbliknya mgkhianati kakaknya munirah lps dh mjalin hbungn sulit dgn abg ipar&bbhong plak mlah munirah dfitnah curang mberi bukti palsu utk mnutup kslahn diorg..Allah 2 maha bkuasa maha mgetahui tp ksudahn yg ckup myedihkn :(


EmoticonEmoticon