Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2017, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

Koleksi Pantun SMS Tahun Baru 2012 (Lucu)

Pantun SMS Tahun Baru 2012 -  Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, hurm tinggal 1 hari saja lagi untuk kita tinggalkan tahun 2011 ini yang penuh dengan peristiwa yang kita lalui.Jab korang semua dah tau ke camne Doa Tahun Baru? kalau yang sudah tahu tu kongsikan di ruangan komen ok sebab admin tak tau, hehe.

OK berbalik kepada tajuk kita iaitu Koleksi Pantun Sms Tahun Baru 2012 . Di sini saya ingin kongsikan pantun sms yang baru dan saya berharap korang suka la dengan semua pantun sms 2012 baru ni.


Berikut adalah beberapa koleksi Pantun SMS sempena tahun baru 2012 yang akan datang tidak lama lagi untuk dihantar kepada kenalan :
Jiwa akan sepi tanpa teman
Hati akan mati tanpa iman
Hari ini adalah kenyataan,
Semalam adalah kenangan
Esok adalah impian
Sucikan hati jernihkan fikiran
Semoga 2012 terlaksana impian
Buka tangan dapat persahabatan
Buka mata dapat pemandangan
Buka handphone dapat pesanan
Buka pesanan dapat ucapan
Selamat Tahun Baru 2012!!
Angin menderu di Danau Toba
Terbang gagak hinggap di tebat
Tahun baru menjelang tiba
Apakah tertunggak hutang ibadat?
Buah papaya buah kuini
Buah duku mari diikat
Azam saya pada tahun ini
Hendak meluku murid yang jahat
Ada mertua ada menantu
Sama-sama pakai baju biru
Tahun baru di depan pintu
Datang bersama harapan baru
Pohon gaharu tak boleh dimakan
Pohon cemara tumbuh ditaman
Selamat tahun baru admin ucapakan Pelawat blog luqman hakim yang cukup budiman

Sekiranya anda suka dengan entry Pantun SMS Tahun Baru 2012, jangan lupa klik “SHARE” untuk kongsikan dengan rakan anda.
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Koleksi Pantun SMS Tahun Baru 2012 (Lucu)"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia