Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2017, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

Tarikh Himpunan Bersih 3.0 | Bersih 3.0 28 April 2012

Bersih 3.0 28 April 2012 - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan dengan anda tarikh serta lokasi di mana himpunan bersih 3.0 28 april 2012 akan dilakukan.

Tarikh dan Lokasi Himpunan Bersih 3.0

Dalam Kumpulan Bersih Malaysia tampil sekali lagi dengan cuba meniupkan semboyan untuk menghidupkan perhimpunan Bersih 3.0 Malaysia tidak lama lagi. Dijangka tarikh himpunan bersih 3.0 dan lokasi pilihan :-
  • Tarikh : 28 April 2012 (hari Sabtu)
  • Lokasi : Dataran Merdeka (Kuala Lumpur)

Tujuan Himpunan Bersih 3.0

Berdasarkan laporan MalaysiaInsider, mengatakan yang tujuan himpunan Bersih 3.0Malaysia kali ini memfokuskan reformasi yang lebih besar. Antara sebab mereka mahu mengadakan satu lagi versi perhimpunan Bersih ini adalah disebabkan :-
  1. Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0.
  2. Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi.
  3. Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil.
  4. SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih.
  5. PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi.
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tarikh Himpunan Bersih 3.0 | Bersih 3.0 28 April 2012"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia