Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2016, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

AMEERA EPISODE 6 | AMEERA EPISOD 6

AMEERA EPISODE 6 | AMEERA EPISOD 6 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin kongsikan informasi yang berkaitan dengan sbeuah drama bersiri ameera yang disiarkan di tv 3, baiklah di sini saya ingin kongsikan sinopsis drama bersiri ameera , sebab saya masih belum update blog berkaitan dengan sinopsis ameera tv3.


Kepada yang ingin download ameera episod 7,8,9,10 korang boleh scroll ke bawah ok...sebab saya sediakan linknya di bawah sana....harap korang suka.


SINOPSIS AMEERA (TV3)
AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.


Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju. Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.


Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung. Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?


DOWNLOAD AMEERA (1-25 TAMAT)
Ameera Episod 01 = DOWNLOAD
Ameera Episod 02 = DOWNLOAD
Ameera Episod 03 = DOWNLOAD
Ameera Episod 04 = DOWNLOAD
Ameera Episod 05 = DOWNLOAD
Ameera Episod 06 =
Ameera Episod 07 =
Ameera Episod 08 =
Ameera Episod 09 =
Ameera Episod 10 =
Ameera Episod 11 =
Ameera Episod 12 =
Ameera Episod 13 =
Ameera Episod 14 =
Ameera Episod 15 =
Ameera Episod 16 =
Ameera Episod 17 =
Ameera Episod 18 =
Ameera Episod 19 =
Ameera Episod 20 =
Ameera Episod 21 =
Ameera Episod 22 =
Ameera Episod 23 =
Ameera Episod 24 =
Ameera Episod 25 (TAMAT) =


Share this article :
+
0 Komentar untuk "AMEERA EPISODE 6 | AMEERA EPISOD 6"

 
Copyright © 2015 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia