Aug 27, 2012

Cerita Seram 2012 Imej Hantu Budak Terakam Secara Tidak Sengaja

Cerita Hantu 2012 | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua, di sini saya ingin berkongsi dengan anda sekeping gambar yang menampakkan satu imej budak yang  berada di depan sekolah rendah alaby,hull britain.




HULL, England – Terkejut Seorang pekerja pembinaan, John Fores, 47 pabila dia meneliti  gambar yang dirakamkan menerusi telefon bimbitnya memaparkan imej hantu seorang budak lelaki.
Beliau mendakwa, imej itu dirakamkan di bangunan Sekolah Rendah Anlaby dekat sini di East Yorkshire yang diruntuhkan untuk tujuan pembinaan semula.
Semasa Fores melihat kembali gambar yang telah dirakamkan itu, dia tekejut apabila  ternampak bayang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lapan tahun dan memakai topi gelap sedang berdiri memandang ke arah kamera telefon bimbitnya.
“Saya mengambil beberapa gambar selepas waktu tengah hari dan pada waktu itu saya tidak menyedari apa-apa yang aneh.
“Namun, semasa melihat foto tersebut di komputer, saya terpandang imej itu dan bulu roma saya meremang,” katanya.
Penjaga sekolah tersebut, Gordon Bradshaw, 54, berkata, bangunan sekolah yang dibina pada 1936 itu mempunyai reputasi sebagai berhantu.
“Saya sudah berada di sini sejak 29 tahun lalu dan ramai budak yang mendakwa mereka pernah ternampak satu lembaga hantu di sekolah ini tetapi saya pula tidak pernah melihatnya,” kata Bradshaw





EmoticonEmoticon