Aug 28, 2012

SINOPSIS ADAM DAN HAWA (ASTRO | MUSTIKA HD )

ADAM DAN HAWA | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua di sini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah lagi drama bersiri baru yang diberi tajuk ADAM DAN HAWA .


Di mana drama bersiri adam dan hawa ini akan di siarkan di saluran mustika HD di Astro dan akan di tayangkan pada setiap hari isnin sehingga hari khamis, selain itu, drama bersiri adamdan hawa akan mula disiarkan pada 27 ogos 2012 , setiap10 malam ,dan antara pelakon yang membintangi drama bersiri ini ialah tak lain tak bukan Aaron Aziz dan drama bersiri ini mempunyai 80 episode . pergh banyak giler kot...



SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan.

Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka.

Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.




SINOPSIS VERSI NOVEL ADAM DAN HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
\
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...


DOWNLOAD DRAMA ADAM DAN HAWA ASTRO MUSTIKA HD

ADAM DAN HAWA EPISOD 1
ADAM DAN HAWA EPISOD 2
ADAM DAN HAWA EPISOD 3
ADAM DAN HAWA EPISOD 4
ADAM DAN HAWA EPISOD 5
ADAM DAN HAWA EPISOD 6
ADAM DAN HAWA EPISOD 7
ADAM DAN HAWA EPISOD 8
ADAM DAN HAWA EPISOD 9
ADAM DAN HAWA EPISOD 10
ADAM DAN HAWA EPISOD 11
ADAM DAN HAWA EPISOD 12
ADAM DAN HAWA EPISOD 13
ADAM DAN HAWA EPISOD 14
ADAM DAN HAWA EPISOD 15
ADAM DAN HAWA EPISOD 16
ADAM DAN HAWA EPISOD 17
ADAM DAN HAWA EPISOD 18
ADAM DAN HAWA EPISOD 19
ADAM DAN HAWA EPISOD 20
ADAM DAN HAWA EPISOD 21
ADAM DAN HAWA EPISOD 22
ADAM DAN HAWA EPISOD 23
ADAM DAN HAWA EPISOD 24
ADAM DAN HAWA EPISOD 25
ADAM DAN HAWA EPISOD 26
ADAM DAN HAWA EPISOD 27
ADAM DAN HAWA EPISOD 28
ADAM DAN HAWA EPISOD 29
ADAM DAN HAWA EPISOD 30
ADAM DAN HAWA EPISOD 31
ADAM DAN HAWA EPISOD 32
ADAM DAN HAWA EPISOD 33
ADAM DAN HAWA EPISOD 34



EmoticonEmoticon