Aug 26, 2012

SINOSIS FILEM PARANORMAN (FILEM BARU 2012)

SINOSIS FILEM PARANORMAN  |Assalamualaikum dan sala sejahtera buat anda semua di sini saya ingin berkongsi dengan ada satu informasi yang sangat menarik iaitu berkaitan dengan filem baru 2012, antara filem baru 2012 ini ialah filem paranorman , baiklah di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua sinopsis filem paranorman ..


Sinopsis Paranorman 

Siapa sangka kanak-kanak yang dianggap pelik pada awalnya, bertukar menjadi wira menyelamatkan kampung halaman daripada serangan zombi, hantu dan ahli sihir.

Norman Babcock, budak lelaki berusia 11 tahun dari bandar Blithe Hollow mempunyai kuasa luar biasa. Dia boleh bercakap dengan makhluk yang sudah mati dan disebabkan keistimewaan itu, ramai yang menjauhkan diri daripadanya.

Sering dibuli dan diperlekehkan rakan sekolah, Norman yang menggunakan suara Kodi Smit-McPhee ini hanya rapat dengan neneknya yang sudah meninggal. Norman menghabiskan banyak masa dengan menonton filem hantu dan mengkaji tradisi roh, membuatkan dia lebih tampak pelik. 

Tanpa disedari, pergerakan Norman diawasi bapa saudaranya, Prenderghast, yang mempunyai kebolehan sama, iaitu mampu berkomunikasi dengan roh. Selepas kematian Prenderghast, Norman terpaksa menggalas tanggungjawab pakciknya itu bagi memelihara keamanan Blithe Hollow.

Dengan kelebihan yang ada, Norman diamanahkan bapa saudaranya untuk menghapuskan sumpahan yang sekian lama menghantui bandar berkenaan. Bersama kakaknya, Courtney dan beberapa rakan - Alvin, Neil dan Mitch, Norman yang pada mulanya dilihat sebagai penakut, kemudian tampil berani mengharung pelbagai dugaan demi menyelamatkan tempat tinggalnya.

Paranorman mengambil lokasi Blithe Hollow, bandar kecil yang popular dengan aktiviti perlombongan sejak hampir 300 tahun lalu. Animasi yang dipersembahkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) ini membawa penonton menyelami sisi gelap Blithe Hollow, yang sekian lama dihantui makhluk zombi, hantu dan ahli sihir. Dengan teknik 3D yang digunakan, paparan suasana bandar yang kelam dan diselubungi sihir itu tampak lebih realistik.

Walaupun jalan ceritanya agak biasa, tetapi dengan teknik sinematografi yang digunakan, filem ini tetap seronok untuk ditonton.

Tema semangat setia kawan yang diketengahkan pula sedikit sebanyak dapat dijadikan pedoman untuk kanak-kanak yang datang ke panggung.

Paranorman

Paranorman

Paranorman

Diarahkan secara bersama oleh Sam Fell dan Chris Butler, Paranorman ialah animasi kedua dihasilkan produksi Focus Features dan Laika dalam versi 3D selepas animasi Caroline yang pernah disenaraikan pada Anugerah Academy dalam kategori Filem Animasi Terbaik, tahun ini.

Malah, Butler juga pernah menghasilkan filem kartun seperti The Tale of Despereaux dan Flushed Away.

Pelakon (suara): Kodi Smit-McPhee, Casey Affleck, Tucker Albrizzi, Tempestt Bledsoe, Alex Borstein, Jodelle Ferland, Jeff Garlin, John Goodman, Bernard Hill, Anna Kendrick, Leslie Mann, Christopher Mintz-Plasse, Elaine Stritch. 


EmoticonEmoticon