Bajet 2013 : BR1M 2.0 diperluas untuk umur 21 tahun ke atas
Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun
ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan
RM250.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan
peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada
4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang
Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu
mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November
ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat
Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
“Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis,
malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab danmampu mengurus kewangan
negara dengan berhemah,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan
Rakyat
BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan
kerajaanpersekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan
RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang
membabitkanperuntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.
EmoticonEmoticon