Cara Menunaikan Solat Sunat Dhuha

Cara Menunaikan Solat Sunat Dhuha |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya. Di sini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana bertandang ke blog saya yang tidak seberapa. Pada kali ini saya ingin kongsikan informasi berkaitan dengan Ilmu Agama Islam . Tajuk kali ini tentang Cara Menunaikan Solat Sunat Dhuha . Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT diatas segala rezeki dan berkah hidup yang diberikan-Nya.Untuk Pengetahuan, Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut untuk melakukan Solat Sunat Dhuha ini. Abu Hurairah pernah berkata: “ Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur .” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang b...